4 Perkara Mengenai Kejuaraan Dunia Bayern Munich & Penganjuran CWC 2020

Bayern Munich muncul juara dunia selepas memenangi perlawanan akhir Piala Dunia Kelab (CWC) dengan jaringan  1-0 ke atas Tigres di Stadium Bandar Pendidikan, Qatar pada awal pagi tadi.

Gol babak kedua melalui sepakan separa voli Benjamin Pavard cukup untuk memberikan pasukan dari Jerman itu kemenangan, sekaligus membolot semua kejuaraan domestik dan antarabangsa di dalam tempoh semusim ini.

Kejuaraan kali ini memberikan trofi keenam untuk Hansi Flick sejak mengambil alih kelab Bavarian itu pada November 2019.

Apa yang berlaku?

Tigres adalah pasukan Amerika Utara pertama berjaya mara ke perlawanan akhir pertandingan ini. Sepanjang perlawanan, mereka terpaksa bertahan dari asakan Bayern Munich yang kelihatan lebih gah.

Namun demikian, di sebalik penguasaan yang mereka miliki, pasukan dari Jerman itu gagal menghadirkan peluang terbaik untuk menjaringkan gol sepanjang tempoh 45 minit pertama perlawanan.

Bayern Munich beraksi tanpa perancang berbahaya Thomas Muller selepas pemain itu disahkan positif wabak yang sedang menular dunia. Gol jaringan pemain antarabangsa Perancis, Pavard pada babak kedua akhirnya memecah kebuntuan buat Bayern Munich.

Pavard menghasilkan gol pada minit ke-59, dan jaringan tersebut disahkan hanya selepas semakan melalui VAR dilakukan.

12,000 orang penonton dibenarkan menyaksikan perlawanan tersebut di dalam stadium, dan mereka sempat melihat kecemerlangan penjaga gol Tigres, Nahuel Guzman menafikan tandukan Robert Lewandowski sebaik sebelum jaringan Pavard.

Selepas berjaya mendahului, kelab Jerman itu meneruskan dominasi dalam permainan untuk baki 30 minit seterusnya, untuk memastikan kejuaraan di dalam genggaman.

https://twitter.com/diariodevideos/status/1359946252327206915

https://youtu.be/5IYKH0XiLWc

Sejauh mana pencapaian skuad Bayern Munich ini?

Bayern Munich menyapu bersih semua kejuaraan dalam pertandingan domestik dan eropah yang dipertandingkan sepanjang tahun 2020, dan menjadi pasukan pertama yang berjaya menyamai rekod sextuple yang dihasilkan oleh Barcelona pada 2009.

Kejuaraan dunia kali ini adalah yang kedua diraih kelab Bavarian ini selepas turut pernah meraih kejuaraan yang sama pada 2013.

Kejayaan kali ini turut bermakna kelab dari eropah terus mendominasi pertandingan Piala Kelab Dunia apabila muncul juara dalam lapan edisi berturut-turut.

Apa berlaku di play-off tempat ketiga?

Pada awal Khamis, pasukan dari Mesir Al Ahly menewaskan Palmeiras 3-2 melalui penentuan sepakan penalti untuk menduduki tempat ketiga pertandingan.

Perlawanan tersebut berakhir seri tanpa jaringan selepas 90 minit masa sebenar tamat. Empat sepakan penalti pertama turut gagal disempurnakan oleh kedua-dua pasukan sebelum Al Ahly memastikan kemenangan.

Bekas bintang Juventus dan Inter Milan, Felipe Melo gagal menyempurnakan sepakan terakhir buat Palmeiras untuk memberikan kemenangan kepada Al Ahly.

Mengapakah kejohanan ini dianggap kontroversi?

Kejohanan asal dijadualkan berlangsung pada Disember lalu, namun terpaksa ditangguhkan selama dua bulan akibat jumlah kes tinggi wabak global yang melanda pada ketika itu.

Venue kejohanan – Stadium Bandar Pendidikan dan Stadium Ahmad Bin Ali – pula hanya dibenarkan beroperasi dengan 30% kapasiti demi membendung penularan wabak.

Setiap penonton yang mahu hadir menyaksikan perlawanan di setiap venue pula wajib melakukan saringa 72 jam sebelum perlawanan, dan harus menampilkan bukti keputusan negatif sebagai bukti.

Ketua Pegawai Eksekutif penganjuran Piala Dunia Qatar 2022, Nasser Al Khater berkata kejohanan tersebut penting untuk diteruskan sebagai langkah selamat kembalinya bola sepak.

Bulan lalu Auckland City FC menarik diri dari kejohanan selepas peraturan ketat berkaitan kuarantin yang dikenakan oleh kerajaan New Zealand.

Penutup

Apa pendapat anda? Wajarkah skuad Bayern Munich kendalian Hansi Flick dinobatkan sebagai salah sebuah skuad terbaik dunia – sebaris seperti skuad generasi emas Barcelona pada 2009?

Bincangkan di ruangan platform yang kami sediakan.

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

 

Baca artikel menarik lain mengenai Bayern Munich di:

Bundesliga: Bayern Munich Julang Kejuaraan Kali Ke-8 Berturut-Turut

Robert Lewandowski: Soal Pemakanan Main Peranan Penting Buat Saya

Analisis: Transformasi Taktikal Bayern Munich Di Bawah Hansi Flick

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN