4 Kes Positif COVID-19 Di Marseille, Aksi Pembukaan Ligue 1 Ditunda

Marseille Ligue 1 COVID-19

Perlawanan pembukaan Ligue 1 untuk musim baharu yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat ini ditangguhkan selepas Olympique de Marseille mengesahkan kelab tersebut mempunyai empat kes positif COVID-19.

Perkara tersebut diumumkan oleh badan pengurusan liga, LFP pada Selasa yang memutuskan untuk menunda perlawanan di antara Marseille dan Saint-Etienne kepada tarikh 16 atau 17 September.

Hanya perlawanan tersebut yang sebelum ini ditetapkan pada Jumaat sementara perlawanan lain pula akan berlangsung pada Sabtu dan Ahad. 

Minggu lepas LFP memaklumkan pihaknya telah menubuhkan satu “Jawatankuasa Khas COVID” untuk memberi nasihat sama ada perlu atau tidak untuk menunda sesuatu perlawanan.

Berdasarkan garis panduan yang ditetapkan, sekiranya sesuatu kelab melaporkan berlaku lebih daripada tiga kes jangkitan, penangguhan perlawanan akan dibuat.

Pertahanan Marseille yang juga bekas pemain Aston Villa, Jordan Amavi telah disahkan positif lebih awal minggu lepas dan pihak kelab terpaksa menangguhkan perlawanan persahabatan dengan Stuttgart ekoran perkembangan tersebut.

Dalam kalangan lima liga utama di Eropah, Perancis merupakan satu-satunya liga yang menamatkan saingan lebih awal ekoran krisis pandemik yang sedang meruncing bermula bulan Mac lalu dan menobatkan Paris Saint-Germain (PSG) sebagai juara.

Manakala Marseille yang dikendalikan oleh bekas pengurus Chelsea dan Tottenham Hotspur, Andre Villas-Boas menamatkan saingan Ligue 1 di tangga kedua.

https://twitter.com/7ven_Gabby/status/1295679389255041026?s=20

Pada Jumaat lepas, United Kingdom telah memasukkan Perancis dalam senarai negara yang diwajibkan kuarantin kendiri selama dua minggu selepas ketibaan disebabkan peningkatan mendadak kes positif di negara tersebut.

Setakat ini sudah 40 orang pemain dari 11 kelab Ligue 1 telah didapati positif COVID-19, namun tiada kematian dicatatkan dan kebanyakannya sembuh selepas mendapatkan rawatan.

PSG dan Olympique Lyon telah mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah, menjadikan ia kali pertama dua pasukan dari Perancis akan bersaing di peringkat tersebut. Hanya Marseille sahaja kekal menjadi satu-satunya pasukan dari Perancis yang pernah menjuarai kejohanan Eropah.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Perancis:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN