Saingan Premier League merupakan antara liga bola sepak paling kompetitif dan dianggap antara yang terbaik di dunia pada ketika ini.
Liga utama saingan bola sepak Inggeris itu juga turut pernah melahirkan ramai pemain-pemain yang dikenali dan dianggap sebagai yang terhebat dalam sejarah dunia bola sepak.
Ramai pemain-pemain serta legenda-legenda terhebat dalam dunia bola sepak yang pernah beraksi dalam saingan Premier League.
Liverpool have equalled the record for the biggest ever Premier League win. 🤯
They took that defeat to Manchester United defeat personally. 😅 pic.twitter.com/ax8zjgxPly
— Squawka (@Squawka) August 27, 2022
Berbanding liga-liga lain di Eropah, Premier League dianggap sebagai liga yang paling mencabar dan tiada pasukan yang terlalu dominan.
Memandangkan ia liga yang mencabar, maka pasukan-pasukan yang bersaing dalam saingan Premier League juga tentu saja merupakan pasukan-pasukan yang hebat.
Tidak akan mengejutkan untuk melihat kelab-kelab kerdil akan mampu untuk menewaskan pasukan gergasi dalam saingan Premier League.
Melihat pasukan gergasi membelasah pasukan kerdil itu sudah menjadi satu hal yang biasa untuk dilihat, namun untuk melihat kenduri gol itu bukanlah satu hal yang boleh sering dilihat dalam saingan Premier League.
Liverpool earned their first win of the season in stunning fashion after equalling the record for the biggest ever Premier League victory with a 9-0 thrashing of newly promoted Bournemouth at Anfield on Saturday. https://t.co/7nI4eZLYIU
— Reuters Sports (@ReutersSports) August 27, 2022
Sejak dari awal saingan Premier League diperkenalkan, terdapat empat perlawanan yang berkesudahan dengan pemenang berjaya menjaringkan sembilan gol.
Berikut merupakan empat kemenangan terbesar dalam sejarah saingan Premier League.
1) Manchester United 9-0 Ipswich Town (4 Mac 1995/ Old Trafford)
Perlawanan yang menemukan Manchester United dan Ipswich Town ini berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan tuan rumah 9-0.
Kedua-dua pasukan pada ketika itu turun dengan Man United sedang berada di kedudukan kedua saingan liga, sementara Ipswich pula berada di kedudukan kedua terakhir.
🏴 Premier Lig tarihinin en farklı galibiyetleri 👇
🗓️ 1995 | Manchester United 9-0 Ipswich Town
🗓️ 2019 | Southampton 0-9 Leicester City
🗓️ 2021 | Manchester United 9-0 Southampton
🗓️ 2022 | Liverpool 9-0 Bournemouth 🆕 pic.twitter.com/Os7PYMIhxm— Fotomaç (@fotomac) August 28, 2022
Ipswich sebenarnya terlebih dahulu sudah berjaya menewaskan Man United 3-2 pada perlawanan pertama mereka di halaman sendiri.
Man United sendiri pula pada ketika itu turun tanpa kehadiran penyerang utama mereka, Eric Cantona yang sedang menjalani hukuman penggantungan selama sembilan bulan.
Gandingan serangan antara Andy Cole dan Mark Hughes pula tidak dianggap sebagai duo terbaik dan mendapat kritikan dari pelbagai pihak.
Manchester United berjaya memperoleh tiga gol pada aksi babak pertama permainan menerusi Roy Keane dan dua gol jaringan Andy Cole.
Kemenangan terbesar sepanjang masa Premier League
• 1994/95: Manchester United 9-0 Ipswich Town
• 2019/20: Southampton 0-9 Leicester City
• 2020/21: Manchester United 9-0 Southampton
• 2022/23: Liverpool 9-0 AFC Bournemouth pic.twitter.com/u4CTERaJCs— Berita Sepakbola Dunia (@gilabola_ina) August 28, 2022
Pada aksi babak kedua, United berjaya meledak empat gol selepas baru 20 minit beraksi menerusi dua gol jaringan Mark Hughes dan dua gol jaringan Andy Cole menjadikan keputusan 7-0.
Paul Ince menjaringkan gol kelapan United sebelum Cole meledak gol kesembilan serta gol kelima peribadi beliau dalam perlawanan tersebut.
Manchester United ketika itu mengakhiri saingan liga di kedudukan kedua selepas mereka hanya ketinggalan satu mata sahaja di belakang Blackburn Rovers.
2) Southampton 0-9 Leicester City ( St Mary/ 25 Oktober 2019)
Leicester City turun dalam perlawanan tersebut dengan mereka sedang berada di kedudukan ketiga, berkongsi 17 mata bersama Chelsea, dengan Southampton pula pada ketika itu berada di kedudukan ke-17.
🔎| Curiosidade:
O Liverpool igualou as maiores goleadas da história da Premier League!
• Liverpool 9-0 Bournemouth (22/23)
• Manchester United 9-0 Southampton (20/21)
• Southampton 0-9 Leicester (19/20)
• Manchester United 9-0 Ipswich (94/95)— Sofascore Brazil (@SofascoreBR) August 27, 2022
Kejayaan Leicester City membelasah Southampton 9-0 merupakan antara kemenangan di halaman lawan terbesar dalam sejarah saingan Premier League.
Ben Chilwell membuka tirai jaringan untuk Leicester pada minit ke-10 permainan sebelum Youri Tielemans dan Ayoze Perez mengubah kedudukan menjadi 3-0.
Ayoze Perez meledak gol keempat Leicester City pada minit ke-39 permainan sebelum Jamie Vardy meledak gol kelima pada minit-minit akhir aksi babak pertama permainan.
Mendahului perlawanan dengan keputusan 5-0 selepas baru 45 minit bermain sepertinya menambah lagi semangat pasukan pelawat untuk menjaringkan lebih banyak gol pada aksi babak kedua.
https://twitter.com/FutEuropeuStats/status/1563556830617296896?s=20&t=O2cb0EVp6fM9yi4XGCzR9g
Perez melengkapkan hat-trick beliau pada minit ke-57 permainan, sebelum Jamie Vardy meledak gol kedua peribadinya beberapa minit selepas itu.
James Maddison menjaringkan gol kelapan Leicester menerusi sepakan percuma pada minit ke-85 permainan, sebelum Jamie Vardy melengkapkan hat-trick beliau pada masa kecederaan permainan.
Selain mencipta sejarah kemenangan terbesar di halaman lawan, Leicester City turut berjaya cipta sejarah baru selepas dua pemain mereka mencatatkan hat-trick dalam satu perlawanan.
3) Manchester United 9-0 Southampton (Old Trafford/ 2 Februari 2021)
Manchester United berjaya untuk sekali lagi mencipta sejarah kemenangan terbesar dalam saingan Premier League selepas kejayaan mereka menewaskan Southampton 9-0 pada tahun 2021 yang lalu.
All-time biggest Premier League wins! 🔴 #YNWA 💯 #UpTheReds pic.twitter.com/IB0asOQr3j
— The Red 🔴 Johnsen (@JohnsenStle) August 27, 2022
Selain menyamai rekod mereka menewaskan Ipswich Town dengan keputusan yang sama, Man United turut mencipta sejarah pemain paling ramai menjaringkan gol dalam satu perlawanan.
Tujuh pemain berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan tersebut, secara tak langsung menyamai rekod yang pernah dicipta oleh Chelsea selepas tujuh pemain mereka meledak gol ketika menewaskan Aston Villa 8-0 pada Disember 2012.
Manchester United turun dalam perlawanan tersebut dengan mereka sedang berada di kedudukan kedua dalam carta saingan liga, tiga mata di belakang pendahulu, Man City.
Man United juga pada ketika itu hanya tewas sekali sahaja dari 16 perlawanan terakhir mereka, dan mereka juga hanya mampu mencatatkan satu kemenangan sahaja dari empat perlawanan terakhir dalam saingan Premier League.
Biggest wins in premier league history 👀🍿 pic.twitter.com/RtW0YoeA2z
— Footy Amigo (@FootyAmigo) August 27, 2022
Southampton sementara itu turun dalam perlawanan tersebut dengan mereka berada di kedudukan ke-11 dalam saingan Premier League.
The Saint pada ketika itu hanya mampu mencatatkan satu kemenangan sahaja dari lapan perlawanan mereka dalam saingan Premier League termasuk tewas tiga perlawanan terakhir mereka.
Kedua-dua pasukan telah bertemu pada awal musim tersebut di halaman Southampton, St Mary Stadium dengan Man United melakukan aksi comeback yang cukup dramatik untuk menewaskan Southampton 3-2 pada November 2020.
Ketika aksi di Old Trafford, Southampton sebenarnya turun dengan skuad yang tempang selepas mereka kehilangan pemain seperti Ibrahima Diallo, Michael Obafemi, Oriol Romeu, Mohammed Salisu, Will Smallbone, Nathan Tella, Jannik Vestergaard, Theo Walcott dan Kyle Walker-Peters yang dibelenggu masalah kecederaan.
Liverpool equal the biggest win in Premier League history 🤯 pic.twitter.com/lR3sr1fVp4
— LiveScore (@livescore) August 27, 2022
Dengan memiliki skuad terbaik, Man United tiada masalah untuk mencatatkan kemenangan besar dalam perlawanan tersebut.
Manchester United mendahului aksi babak pertama dengan keputusan 4-0 hasil jaringan Aaron Wan Bissaka, Marcos Rashford, Jan Bednarek (gol sendiri) dan Edinson Cavani.
Man United memperoleh lima lagi gol pada aksi babak kedua menerusi dua gol jaringan Anthony Martial, Bruno Fernandes, Scott McTominay dan Daniel James untuk mengesahkan kemenangan 9-0 mereka menewaskan Southampton.
4) Liverpool 9-0 Bournemouth ( Anfield/ 27 Ogos 2022)
Selepas melalui aksi hambar pada permulaan musim 2022/23, Liverpool akhirnya berjaya memperoleh kemenangan pertama mereka dengan membelasah Bournemouth 9-0 di Anfield.
Liverpool turun dalam perlawanan ini dengan mereka berada di kedudukan yang sangat hampir dengan zon penyingkiran.
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu mencatatkan dua keputusan seri dari dua perlawanan pertama mereka pada musim ini bertemu Fulham dan Crystal Palace.
Liverpool 9-0 Bournemouth
• xG: 4.08 – 0.28Goals from:
• Luis Diaz (x2)
• Roberto Firmino (x2)
• Fabio Carvalho
• Virgil van Dijk
• Trent Alexander-Arnold
• Harvey Elliott
• Chris Mepham (OG)Jürgen Klopp's side equal the Premier League record for biggest win.#LFC pic.twitter.com/oTHrBJEhKe
— Sporting Life Football (@SportingLifeFC) August 27, 2022
Liverpool kemudiannya mencatatkan kekalahan bertemu seteru utama mereka, Manchester United dan menyebabkan ramai percaya Liverpool sedang melalui musim terburuk mereka.
Bournemouth sendiri sementara itu berjaya mencatatkan satu kemenangan dan tewas dua perlawanan dari tiga perlawanan pertama mereka pada musim ini.
Selepas dibelasah 4-0 oleh Manchester City, Bournemouth kemudiannya tewas 3-0 di tangan Arsenal sebelum mereka jadi lauk kenduri dibedal 9-0 oleh Liverpool.
Walau mereka sedang bergelut dengan masalah prestasi dan kehilangan ramai pemain utama, Liverpool tiada masalah untuk mendominasi perlawanan ini.
The Reds mendahului aksi babak pertama dengan keputusan 5-0 hasil jaringan Luis Diaz, Harvey Elliott, Trent Alexander Arnold, Roberto Firmino dan Virgil Van Dijk.
Liverpool's biggest ever Premier League win! 👊 pic.twitter.com/OhWdp6VNcU
— Flashscore.co.uk (@FlashscoreUK) August 27, 2022
Walau sudah berjaya menjaringkan lima gol, anak-anak buah Jurgen Klopp itu sepertinya masih belum puas dengan mereka berjaya meledak empat lagi gol pada aksi babak kedua permainan.
Selepas Chris Mepham menjaringkan gol sendiri pada minit ke-46 permainan, Liverpool berjaya menjaringkan tiga lagi gol menerusi Roberto Firmino, Fabio Carvalho dan Luis Diaz.
The Reds mencatatkan kemenangan pertama mereka dengan cukup bergaya dan sepertinya ia satu amaran kepada pasukan lain yang mereka sudah kembali.