Iklan yang dibintangi pemain bola sepak bukanlah perkara baru. Ada pelbagai jenis iklan yang dihasilkan untuk menarik perhatian penonton.
Untuk artikel kali ini, kami akan bawakan kepada anda 4 iklan terbaik yang dibintangi pemain bola sepak semasa era 90-an.
Rene Higuita, Kevin Keegan, Ronaldo (Brazil), Eric Cantona dan Patrick Kluivert antara pemain yang berada dalam senarai ini.
Kevin Keegan & Honey Monster.
Iklan yang berlatar belakangkan perlawanan akhir di Wembley ini menunjukkan taktikal genius Kevin Keegan.
Beliau membawa masuk Honey Monster untuk menjaringkan gol kemenagan Newcastle.
Gareth Southgate, Stuart Pearce & Pizza Hut
Kegagalan Gareth Southgate menjaringkan gol semasa penalti di Euro 96 digunakan sebaik mungkin oleh Pizza Hut utnuk iklan ini.
Stuart Pearce menyebut perkataan “miss” berulang-kali untuk mengejek Southgate.
Rene Higuita
Bekas penjaga gol kebangsaan Colombia yang terkenal dengan “Scorpion Kick” semasa menentang England membintangi iklan untuk jenama Frutino.
Dalam iklan ini, Higuita juga ada melakukan aksi “Scorpion Kick” beliau yang popular itu.
Eric Cantona, Ronaldo (Brazil), Patrick Kluivert & Nike
Nike merupakan antara jenama yang mengunpulkan ramai pemain bintang bola sepak dalam satu iklan.
Iklan “Match in Hell” ini merupakan iklan yang cukup popular pada tahun 1996 dahulu.
https://www.youtube.com/watch?v=YiWNTrCSIQ4
Baca juga: Mesej Tersembunyi Dalam Iklan Adidas Yang Menampilkan Suarez, Bale & Benzema