4 Fakta Menarik Selepas Kekalahan ‘Mengaibkan’ Tottenham Hotspur Di Tangan Newcastle United

Saingan English Premier League (EPL) tampil dengan kejutan tak diduga, selepas salah satu pasukan gergasi iaitu Tottenham Hotspur diaibkan oleh Newcastle United dengan kekalahan besar.

Pada perlawanan tersebut, Tottenham telah pun dikejutkan dengan siri kekalahan besar yang tak diduga menerusi keputusan penuh 1-6 di gelanggang lawan iaitu St. James’ Park.

Sepanjang aksi berlangsung, penguasaan jelas menjadi milik Newcastle menerusi asakan bertali arus yang dilakukan mereka sejak wisel awal permainan dibunyikan oleh pengadil.

Tottenham yang menurunkan barisan terbaik mereka seperti Son Heung-min, Harry Kane, serta Hugo Lloris jelas tiada sebarang jawapan mengenai amukan tuan rumah yang begitu ampuh di segenap posisi.

Newcastle yang masih segar dengan kekalahan lalu di tangan Aston Villa jelas bangkit dengan persembahan cukup berkualiti untuk menggenggam tiga mata penuh di gelanggang sendiri.

Sementara Tottenham jelas terpaksa menerima hakikat kekalahan kedua berturut-turut ketika ini dalam persaingan liga dan kekal di tangga kelima.

Selesai sahaja perlawanan tersebut, ada beberapa fakta menarik membabitkan kedua pasukan itu telah diulas oleh laman sukan CNN Indonesia.

Lima gol terpantas diledak oleh Newcastle

Pada perlawanan tersebut, tuan rumah telah pun meledak lima jaringan pantas untuk menewaskan Hugo Lloris pada 21 minit awal permainan.

Ianya merupakan jaringan kedua terpantas dalam saingan EPL, setelah sebelum itu Manchester City terlebih dahulu melakukannya ketika menewaskan Watford dengan keputusan 5-0 pada masa 18 minit.

Tottenham catat rekod pasukan ketiga dibolosi tiga gol dalam tempoh sembilan minit

Pada aksi tersebut, pelawat turut mencipta rekod baharu untuk menjadi pasukan ketiga dalam saingan EPL yang dibolosi tiga gol dalam tempoh sembilan minit.

Tiga gol pantas yang diledak Newcastle itu terhasil menerusi dua jaringan Jacob Murphy serta Joelinton untuk menewaskan Lloris di hadapan ribuan penyokong sendiri.

Kekalahan terbesar dilakar Tottenham

Untuk rekod, ianya merupakan kekalahan terbesar pernah dicatat oleh Tottenham selepas kali terakhir mereka diaibkan oleh Liverpool menerusi keputusan 0-5 pada tahun 2013.

Selepas itu, perbezaan gol dilakar oleh pasukan tersebut tidak begitu besar walau mereka tewas dalam banyak perlawanan-perlawanan lain.

Newcastle cipta rekod tersendiri

Untuk Newcastle, ini merupakan salah satu perlawanan yang pastinya akan terus diingati penyokong pasukan tersebut pada masa akan datang, kerana ianya mempunyai sejarah tersendiri.

Kali terakhir pasukan tersebut mencatat kemenangan besar ialah pada tahun 2011 ketika mereka unggul menewaskan West Ham United menerusi keputusan 5-0.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN