Permainan video FIFA mungkin salah satu permainan elektronik paling popular terutamanya buat peminat tegar sukan bola sepak di seluruh dunia.
Bagi sebahagian orang mungkin ada yang beranggapan ianya hanya sekadar ‘permainan’ di mana jika pemain atau ‘gamers‘ ini berlawan sama ada dengan pemain lain atau dengan komputer, kekalahan adalah perkara biasa kerana sudah menjadi adat pertandingan ada yang kalah dan menang.
Tetapi sebenarnya permainan video itu juga telah memberi kesan yang besar kepada emosi pemain, apatah lagi apabila mereka tewas tipis hasil daripada gol pada saat-saat akhir.
We all know someone who is going to act like this when they lose on FIFA 20 😂👇 pic.twitter.com/3pCFm7iPiA
— ODDSbible (@ODDSbible) September 12, 2019
Satu kajian yang dibuat oleh satu firma kajian yang bertapak di United Kingdom mendapati 33 peratus pemain FIFA berpendapat kekalahan akan merosakkan hari mereka.
Analisa soal selidik yang dilakukan bersama 1001 orang responden yang bermain permainan keluaran syarikat EA Sports tersebut sekurang-kurangnya sekali seminggu pada Oktober tahun ini dan hasil kajian telah menunjukkan dapatan berkenaan.
Statistik juga menunjukkan impak permainan FIFA terhadap angin seseorang dan hampir tiga perempat gamers di UK mengakui dengan bermain FIFA bersama rakan-rakan, mereka dapat merapatkan hubungan dan salah satu cara mereka bersosial.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pernah mengklasifikasikan ketagihan permainan video atau gaming disorder sebagai masalah kesihatan mental kerana ada yang gagal untuk mengawal tahap permainan mereka seperti kekerapan, durasi dan intensiti.
The World Health Organization (@WHO) recently classified #GamingDisorder as a new diagnosis – read some questions surrounding it here. What do you think? | via @PsychToday
#gaming #gamers #psychology #socialpsych #mentalhealth #screentime https://t.co/wfNNVXGVo9 pic.twitter.com/whUeBpswv3— PsychologyUntapped (@PsychUntapped) July 3, 2018
Ada dalam kalangan mereka yang memberikan keutamaan kepada permainan melebihi aktiviti harian atau minat yang lain dan sekaligus memberi gangguan yang signifikan terhadap diri, keluarga, sosial, pendidikan, pekerjaan atau fungsi kehidupan yang lain.
Kajian menunjukkan bahawa ketagihan permainan video boleh mempengaruhi kesihatan fizikal, psikologikal dan fungsi sosial pemain.
Ketagihan menyebabkan pemain mengalami tekanan, perubahan corak pemakanan dan tidur, kurang tumpuan semasa belajar atau bekerja dan kurang pergaulan. Kesan paling serius ketagihan termasuklah kegagalan belajar, kehilangan pekerjaan dan kegagalan hubungan.
Oleh yang demikian, dinasihatkan agar para gamers agar bersederhana dan menjadikan permainan video sebagai aktiviti yang menyeronokkan dan bermanfaat, bukan terlalu taksub dan leka sehingga mengganggu aktiviti harian.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai permainan video FIFA:
FIFA21: 10 Pemain Bintang Yang Diturunkan Nilai Berdasarkan Prestasi Semasa
Dari Erling Haaland Ke Lionel Messi, Ini Senarai 100 Pemain Terbaik Dalam FIFA21