Nidzam Adha Lega, 3 Tonggak Kedah Kini Pulih Dari Kecederaan

Tempoh hari, Kedah tempang dengan hilangnya 5 tonggak ketika dalam aksi Liga Super menentang Perak dan saingan Piala Malaysia menentang Melaka United.

5 tonggak tersebut dijangka tidak akan beraksi pada perlawanan menentang Melaka United pada Selasa lepas, tetapi Baddrol Bakhtiar yang merupakan salah seorang pemain dari 5 tonggak yang cedera itu beraksi ketika kemenangan 2-0 itu.

Kini, berita gembira terus datang kepada Kedah apabila 3 lagi pemain utama Kedah sudah pulih dan bersedia untuk bertugas untuk pasukan.

Duo pemain pertahanan iaitu Zac Anderson dan juga Rizal Ghazali telah berjaya pulih dari kecederaan yang dihadapi mereka.

Gambar: Zam Zainal/Asiana

Selain itu, penyerang Ken Ilso juga telah kembali untuk menguatkan barisan serangan pasukan Kedah.

Dengan kembalinya 3 tonggak ini, Nidzam Adha nyata lega dengan berita ini.

Beliau menyifatkan kepulangan 3 pemain tersebut dapat mengurangkan hal pemilihan pemain beliau untuk perlawanan menentang UiTM FC pada minggu ini.

“Saya kini punya pemain yang dipilih selepas ada yang cedera sudah pulih. Kalau tidak, pening kepala dibuatnya saya.”

Untuk rekod, cuma Farhan Roslan sahaja masih belum lagi pulih dari kecederaan dan dijangka pulih dalam masa 2 minggu.

Sumber:

1. MStar (2017): Tiga Pemain Kembali, Nidzam Lega; http://www.mstar.com.my/sukan/bola-sepak/2017/07/06/nidzam-lega/

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN