3 Tindakan Terpuji Borussia Monchengladbach Kepada Penyokong Selepas Perlawanan UCL Tertangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Kini, anda mempunyai lebih sebab untuk menyukai kelab-kelab Jerman!

Penyokong-penyokong Borrusia Monchengladbach mungkin menghadapi hari awayday yang paling tidak mereka mahukan.

Mana tidaknya, perlawanan yang sepatutnya dijadualkan pada hari Selasa ditangguh pula ke hari Rabu kerana hujan yang lebat.

Sudahlah perlawanan ditangguh sehari, pasukan mereka dibelasah 4-0 oleh Manchester City pula.

Perkara ini semestinya meranapkan emosi mereka yang hadir ke Manchester.

Pengarah mohon maaf

Menyedari kesukaran yang dialami oleh penyokong Monchengladbach, pengarah sukan kelab iaitu Max Eberl telah hadir ke Stadium Etihad pada malam perlawanan antara mereka dengan Manchester City.

Eberl kemudiannya pergi ke bahagian tempat duduk penyokong pelawat yang menempatkan penyokong Monchengladbach untuk bersalam dengan penyokong mereka.

screen-shot-2016-09-16-at-10-1-1

Dalam masa yang sama, Eberl mengucapkan ‘selamat datang’ dan ‘terima kasih’ kepada penyokong kerana sanggup bermalam di Manchester untuk terus memberikan sokongan kepada pasukan walaupun perlawanan ditangguh sehari kemudian.

Sebagai kelab yang bertanggungjawab, Monchengladbach telah memulangkan semula wang yang digunakan oleh penyokong Monchengladbach untuk membayar tiket menonton perlawanan menentang Manchester City.

Lebih menarik, mereka memulangkan wang tiket kepada semua penyokong. Sama ada mereka menonton perlawanan tersebut atau tidak!

Pengumuman itu dinyatakan sendiri oleh pihak kelab menerusi laman rasmi Twitter mereka.

Keluarkan surat untuk majikan

Namun rasa tanggungjawab pihak pengurusan Monchengladbach tidak berakhir disitu.

Mereka telah mengeluarkan surat pengecualian kepada penyokong mereka yang tidak hadir ke pkerja pada hari Rabu untuk menyokong pasukan di Manchester.

Mereka telah tinggalkan surat tersebut di setiap tempat duduk di bahagian tempat duduk pelawat di Stadium Etihad.

screen-shot-2016-09-16-at-10-1-2

Surat yang dikeluarkan oleh Eberl itu mempunyai terjemahan seperti berikut:

Kehadapan Tuan/Bos

Malangnya, pekerja anda (nama) tidak dapat menghadirkan diri pada Khamis ini kerana beliau di Manchester atas tugasan menyokong BORUSSIA MONCHENGLADBACH DI PERLAWANAN UEFA CHAMPIONS LEAGUE.

Kami amat menghargai kerjasama pihak tuan untuk memaafkan beliau kerana tidak hadirkan diri selama sehari.

Kami menyesali diatas segala kesulitan yang dihadapi oleh syarikat tuan tetapi saya harap pihak tuan dapat memahami.”

Salam dari Manchester.

Max Eberl,

Pengarah Sukan

Vfl Borrusia Monchengladbach.

Tindakan yang terpuji

Tindakan yang dilakukan oleh Monchengladbach menunjukkan mereka sebuah kelab yang bertanggungjawab.

Surat yang mereka keluarkan itu tidak ubah seperti apa yang dilakukan oleh pihak pengendali kereta api bekelajuan tinggi di Jepun.

Jika penumpang di bullet train itu mengalami kelewatan ke tempat kerja kerana mereka, pihak bullet train akan keluarkan surat mohon maaf untuk penumpang mereka berikan kepada majikan mereka.

Semoga lebih banyak lagi kelab-kelab yang menjaga kebajikan penyokong seperti Monchengladbach.

Baca juga: Penyokong Feyenoord Dihujani Ratusan Mainan Yang Dibaling Oleh Penyokong Ado Den Haag

PERCUMA: Bandage Mudah Lekat.

Hak Cipta © Semuanya BOLA Sdn. Bhd. 1179367-U