Penyokong Feyenoord Dihujani Ratusan Mainan Yang Dibaling Oleh Penyokong ADO Den Haag

Membaling objek di stadium terutama di tempat lawan memang satu perkara yang mengundang masalah dan juga dilarang, apatah lagi jika ia dilakukan dengan skala besar.

Namun cerita di sebaliknya yang berlaku dalam perlawanan Eredivisie di antara Feyenoord dan ADO Den Haag di De Kuip apabila ia menjadi isyarat (gesture) yang diberikan pujian dan tepukan gemuruh oleh penyokong tuan rumah.

screen-shot-2016-09-11-at-15-20-40

Ramai penyokong Feyenoord terharu dengan yang dilakukan oleh penyokong-peyokong ADO Den Haag.

ADO Den Haag memang terkenal dengan sikap terpuji mereka dalam menyemai semangat kesukanan di kalangan penyokong mereka.

Pada Januari lalu, mereka telah menggantung 22 penyokong mereka yang didapati mengeluarkan serangan verbal bersifat rasis kepada pemain tengan Ajax, Riechedly Bazoer.

Sebelum perlawanan ini para penyokong ADO Den Haag menggunakan media sosial dan alat perhubungan lain untuk mengajak rakan-rakan mereka membawa sebanyak yang mungkin anak-anak patung lembut.

Pada hari perlawanan di De Kuip, menjelang minit ke-12 peyokong-peyokong ADO Den Haag telah membaling anak patung kecil dan mainan-mainan yang lembut ke arah satu seksyen yang menempatkan penyokong istimewa Feyenoord.

Ia simbolik kepada pemain ke-12 yang merujuk kepada peyokong dalam bola sepak.

g6cro55beiflvpax

Seksyen tersebut memuatkan pesakit-pesakit dan staf-staf dari Hospital Kanak-Kanak Sophia di Rotterdam. Mereka sebelum itu mengiringi pemain-pemain untuk masuk ke dalam padang.

Ia adalah tanda sokongan mereka kepada penyokong-penyokong istimewa tersebut. Kanak-kanak dan staf-staf Hospital jelas terharu dengan tindakan tersebut.

Dalam laman web rasmi mereka, Feyenoord berharap kesemua kanak-kanak dan staf Hospital Sophia menikmati suasana tesebut dalam perlawanan dengan ‘kawalan keselamatan longgar’.

Namun sayangnya ADO Den Haag gagal memenangi perlawanan tersebut. Pasukan tuan rumah, Feyenoord telah memenangi perlawanan dengan jaringan 3-1. Bekas penyerang Liverpool, Dirk Kuyt turut menjadi perhatian apabila meraikan jaringan dengan ‘dab’.

Diharap semangat sebegini dicontohi ramai pihak termasuk di negara kita. Pihak kelab boleh menggunakan media sosial dan alat telekomunkasi dalam menyemai buday-budaya yang positif.

Baca juga: 18 Kelab Selain Liverpool Yang Menjadikan You’ll Never Walk Alone Sebagai Lagu Tradisi

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN