3 Sebab Terengganu Dijangka Mudah Raih Kemenangan Seterusnya

Terengganu bakal menghadapi aksi kedua dalam saingan pramusim, Agarbomb Performance Cup 2024 dengan Kedah Darul Aman (Kedah) menjadi lawan mereka seterusnya.

Terdahulu, Sang Penyu berjaya merekodkan keputusan positif 1-0 ketika mereka menewaskan cabaran Penang menerusi jaringan tunggal penyerang import dari Nigeria, Ismaheel Akinade.

Jaringan tersebut memastikan mereka untuk merekodkan kemenangan sulung pada aksi tersebut bersama motivasi cukup tinggi bagi menghadapi Sang Kenari pada aksi seterusnya.

Tampil selaku antara pasukan yang membuat persiapan dengan lebih awal, jelas Tomislav Steinbruckner memberi isyarat mereka bukan sahaja ingin menjadi pelengkap jadual bagi persaingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.

Sebelum itu, Sang Penyu juga telah pun mengharungi beberapa aksi persahabatan dengan mencatat rekod cukup memberansangkan dan dipuji para penyokong setia mereka.

Untuk aksi pramusim malam ini, dijangka Terengganu tidak menghadapi kesukaran untuk menghadapi cabaran Kedah di laman sendiri iaitu Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak.

Kualiti pemain tempatan

Seperti diketahui, Terengganu tampil dengan beberapa rombakan dalam kalangan pemain tempatan dan telah pun memberikan impak cukup besar buat pasukan sejak beberapa aksi persahabatan lalu.

Kelibat Akhyar Rashid, Akram Mahinan, serta Safawi Rasid masing-masing berjaya memainkan peranan cukup besar untuk memastikan Sang Penyu kukuh di segenap posisi terutama membabitkan serangan.

Malah, pertahanan kental mereka iaitu Shahrul Nizam bersama Faris Rifqi kini semakin kerap disebut dalam kalangan penyokong menerusi impak mereka di atas padang.

Kelompok besar bintang-bintang muda yang kini semakin pesat membangun di Terengganu juga dijangka akan diperkenalkan Steinbruckner untuk aksi berdepan Kedah.

Impak pemain import

Walaupun tanpa kelibat penjaring terbanyak mereka musim lalu iaitu Ivan Mamut yang mengalami kecederaan, mereka masih memiliki bintang baharu musim ini iaitu Ismaheel Akinade.

Hadir dengan rekod cukup menyakinkan musim lalu bersama Kelantan The Red Warrior (TRW) dan Kelantan Darul Naim (KDN), beliau juga berjaya memberikan reaksi awal positif buat Terengganu kini.

Malah pemain seperti Marin Pilj, Nurillo Tukhtasinov, Matthew Steenvoorden, dan Manuel Ott juga tampak konsisten sehingga kini untuk menjadi pertaruhan penting Steinbruckner.

Faktor gelanggang sendiri

Beraksi di laman sendiri, jelas ia merupakan suatu kelebihan cukup ketara buat Terengganu untuk mendapat sorakan padu daripada penyokong setia mereka sepanjang aksi berlangsung.

Apatah lagi SSMZA juga tampak kebal buat Terengganu sejak aksi pramusim ini selain para pemain sendiri selesa dan cepat menyesuaikan diri dalam permainan.

Malah, ia mampu menjadi igauan buruk buat Sang Kenari kerana dijangka lebih 10,000 penyokong setia Sang Penyu akan hadir memberi sokongan padu buat pasukan kesayangan mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN