Lelaki Ini Beri 3 Sebab Kenapa Menjual Ghaddar Tidak Relevan Untuk Kelantan

Semalam ketika sesi bertemu penyokong, TMJ ada berkata mengenai Ghaddar dan pasukan Kelantan.

“Orang suruh dia jual Ghaddar dia tak mahu.”

Namun, seorang pengikut bola sepak negara iaitu Zuraimi Zukri telah pun memberikan 3 sebab mengapa penjualan Ghaddar tidak relevan bagi pasukan Kelantan.

KELANTAN- Kelantan player, Muhammad Ghaddar Malaysia Super League/ Photo by Hazmin Hussin / www.asiana.my

Lepas pemain yang tidak menyerlah

Bagi beliau, melepaskan Ghaddar bukanlah keputusan yang baik. Sebaliknya pihak KAFA perlu melepaskan pemain-pemain yang memperoleh gaji yang tinggi untuk namun tidak beraksi baik untuk mereka.

Ia merupakan tindakan lebih baik dengan menyingkir deadwood yang memperoleh gaji yang tinggi dalam pasukan berbanding menjual pemain terbaik mereka.

Memperkemaskan klausa pemain

Selain daripada itu, KAFA juga perlu mengekalkan para pemain yang boleh memberikan impak yang berpanjangan kepada pasukan.

Namun untuk mengekalkan pemain yang sedemikian, KAFA perlu memperkemaskan klausa dalam kontrak pemain.

Sebagai contoh memberikan bonus kesetiaan kepada pemain yang terus setia kepada pasukan Kelantan.

Teruskan mencari pemain

Lelaki ini juga memberikan pandangan yang KAFA perlu agresif dalam mencari pemain-pemain yang bakal menjadi aset masa depan pasukan.

Ia untuk membantu menghalang kos 3 tahun pertama kontrak.

Dengan hanya satu jualan pemain tidak akan membantu terlalu banyak masalah kewangan. Kos bulanan KAFA untuk musim 2017 tidak terlalu tinggi, kelihatan boleh dikawal.”

Malahan KAFA harus lebih jelas mengatakan Kelantan hanya membuat bil gaji tidak lebih dari 7 juta semusim untuk skuad utama. Ini satu kebanggaan bukan malu kerana bajet terlalu kecil.”

Beliau juga turut memberikan contoh bagaimana Kelantan gagal mengekalkan Wander Luiz yang beraksi cemerlang untuk mereka.

Wander Luiz mencatat bantuan gol terbanyak dalam satu musim untuk Kelantan walaupun ia hanya terlibat setengah musim. Namun beliau gagal dikekalkan.”

Apabila Gilmar kelihatan menjadi pemain import paling dinamik dalam skuad Kelantan, beliau juga gagal dikekalkan.”

Beliau juga mencadangkan agar Kelantan lebih telus dalam menguruskan kewangan mereka sendiri.

Isu kewangan KAFA banyak boleh dibaiki dari ketegasan dan mengurangkan penyelewengan di bahagian jualan tiket, kontrak, barangan rasmi dan menjaga penaja.”

Mungkin kita mengharapkan FMLLP/FAM dapat mencari penyelesaian dan kaedah terbaik untuk semua pasukan tidak mudah menyeleweng kutipan tiket.”

Isu ini melibatkan semua pasukan dari Utara, Selatan, Barat, dan Timur. FMLLP tahu ini berlaku, FAM tahu ini berlaku – ajarkan mereka tentang ini.”

Baca juga: TMJ Gariskan Isu JDT Dan Harimau Malaya Dalam Sembang Santai

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN