3 Sebab Indonesia Tak Wajar Pecat Shin Tae-yong Selaku Jurulatih Utama

Nama pengendali Indonesia, Shin Tae-yong kini secara tiba-tiba menjadi persoalan dalam kalangan penyokong Sang Garuda jika beliau akan terus kekal atau dipecat pada masa hadapan.

Shin sebelum ini telah pun memastikan Indonesia mencipta sejarah baharu, apabila beliau membawa pasukan tersebut mara ke pusingan 16 terbaik buat pertama kali dalam saingan Piala Asia 2023.

Untuk rekod, kontrak jurulatih tersebut bakal berakhir pada Jun ini dan saingan Piala Asia bawah 23 (B-23) bakal menjadi tugas terakhir pengendali itu jika kontrak beliau tidak disambung lebih panjang.

Menerusi laporan Bola.Com, Shin sebelum ini dilaporkan telah mendapat beberapa tawaran daripada negara lain, kerana sentuhan jurulatih tersebut jelas sangat berkesan terdahulu bersama Indonesia.

Walaupun begitu, pengendali berpengalaman tersebut telah pun menegaskan beliau masih mempunyai komitmen tinggi ketika ini bersama Sang Garuda di pentas antarabangsa.

Ini merupakan tiga sebab mengapa Indonesia perlu pertimbangkan kontrak Shin untuk jangka masa lebih panjang pada masa hadapan tanpa perlu mendapatkan jurulatih baharu.

Keharmonian pasukan terserlah

Sepanjang bawah kendalian Shin, jelas skuad kebangsaan Indonesia berada pada tahap persefahaman cukup baik walaupun dihadiri pelbagai kategori pemain.

Walaupun ada segelintir pemain kebangsaan mereka beraksi di luar negara, ia tidak menghalang untuk Shin memastikan keharmonian pasukan tetap terjaga dengan baik.

Malah, pemain-pemain muda kurang berpengalaman juga tidak kekok beraksi bersama tonggak senior sepanjang bawah seliaan jurulatih tersebut.

Percaya kepada proses pembentukan Shin

Penggantian jurulatih baharu sebenarnya hanya akan menambah risiko baharu buat Indonesia untuk kembali turun daripada segi prestasi selepas ianya telah dibentuk dengan baik oleh Shin.

Sejak penyertaan beliau pada tahun 2020, Indonesia dilihat kembali pada landasan terbaik di pentas antarabangsa selepas banyak perubahan positif sudah dibuat oleh jurulatih tersebut.

Malah penggantian jurulatih baharu akan merencatkan proses pembentukan Shin selama beberapa tahun ini yang dianggap berada di landasan terbaik untuk mencabar Asia.

Lebih banyak bintang muda diperkenalkan

Seperti diketahui, Shin menjadi antara jurulatih yang mesra akan penggunaan bakat-bakat muda sejak awal perlantikan beliau selaku pengendali utama kebangsaan.

Malah, untuk saingan Piala Asia ini sahaja beliau mempertaruhkan beberapa nama pemain muda dalam kesebelasan utama bersama prestasi cukup menyakinkan sepanjang empat perlawanan dilalui mereka.

Marselino Ferdinan, Pratama Arhan, Justin Hubner, serta Ernando Ari antara bakat muda yang dianggap mempunyai masa depan cukup menyerlah untuk diperkenalkan pada masa akan datang.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN