3 Sebab Garuda Gentar Ancaman Harimau Malaya Kendalian Kim Pan-gon Menurut Media Indonesia

Sebuah portal bola sepak dari Indonesia, Football5Star telah menggariskan tiga sebab mengapa skuad kebangsaan Indonesia harus berasa gentar dan waspada dengan pelantikan Kim Pan-gon sebagai ketua jurulatih skuad Harimau Malaya yang baharu.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dianggap membuat perjudian besar apabila melantik Kim Pan-gon sebagai pengganti Tan Cheng Hoe kerana pengendali itu sudah tidak mengendalikan mana-mana pasukan sejak empat tahun yang lalu.

Ini kerana Football5Star bertanggapan, FAM seharusnya melihat kepada calon lain dari Korea Selatan seperti Kim Hak-bum yang memiliki rekod lebih baik selaku bekas pengendali skuad B-23 negara tersebut.

Di bawah kendalian Kim Hak-bum, Korea Selatan berjaya meraih pingat emas Sukan Asia pada 2018, dan menjuarai Piala Asia B-23. Tetapi ini tidak bermakna Kim Pan-gon tidak memiliki kelebihan dan aura tersendiri untuk menerajui Malaysia.

Berikut adalah tiga sebab utama mengapa artikel oleh Football5Star berpendapat pelantikan Kim Pan-gon boleh memberi kelebihan kepada skuad Harimau Malaya selepas ini.

Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka

Kim Pan-gon bukan jurulatih biasa

Menurut penilaian oleh artikel tersebut Indonesia harus cepat melupakan kejayaan menewaskan Malaysia 4-1 di Piala AFF 2020 yang lalu jika tidak ingin terjerat dengan kebangkitan Harimau Malaya di bawah kendalian Kim Pan-gon selepas ini.

Ada beberapa kualiti yang dimiliki jurulatih berusia 52 tahun itu yang dilihat mampu memberikan kelebihan kepada Malaysia. Pertama, sudah semestinya kelebihan dan kecekapan beliau sebagai jurulatih. Walaupun sudah lama tidak mengendalikan pasukan, ini tidak bermakna kebolehan dan dimiliki Kim Pan-gon sudah luntur.

Walaupun tidak berada di kawasan teknikal di tepi padang, Kim Pan-gon sebenarnya masih aktif di dalam bola sepak bersama Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) selaku pengerusi jawatankuasa khas skuad kebangsaan badan bola sepak itu.

(Photo by Power Sport Images/Getty Images)

 

Mungkin ada di kalangan pemerhati bola sepak terjebak dengan laungan “KIM OUT” pada penghujung karier  sebelum beliau dipecat oleh Hong Kong.

Hakikatnyam Kim Pan-gon telah memainkan peranan besar membangkitkan bola sepak Hong Kong, dan berjaya membawa pasukan itu mengikat China dua kali di pusingan kelayakan Piala Dunia 2018.

Kim Pan-gon juga tidak asing daripada kejuaraan. Ketika membimbing Sout China, beliau berjaya membawa kelab itu muncul juara Liga Hong Kong sebanyak dua kali. Bersama skuad B-23 Hong Kong, Kim Pan-gon turut berjaya membawa pasukan itu muncul juara East Asian Games pada 2009.

Pakar motivasi luar biasa

Kim Pan-gon juga dianggap sebagai jurulatih yang bijak untuk membangun kepercayaan diri di kalangan pemain.

“Ia adalah perkara penting untuk pemain menyedari keistimewaan bermain untuk negaranya [Hong Kong],” kata Pan-gon suatu ketika dahulu ketika ditemubual oleh majalah Offside.

Bagi Pan-gon, kepercayaan diri pemain sangat penting dan menjadi perkara utama  untuk pasukan meraih kemenangan.

“Banyak pihak melabel Hong Kong sebagai underdog di mana-mana pertandingan. Menerapkan mentaliti pemenang kepada para pemain kami sangatlah penting agar boleh meraih kejayaan di atas padang.”

Untuk menanam semangat dan keyakinan pemain, Kim Pan-gon memperkenalkan frasa ‘Mati Untuk Hong Kong’ di dalam bilik persalinan. Setiap pemain yang mahu menyarung jersi pasukan kebangsaan, akan ‘dibasuh’ atau ‘brain-storm’ oleh barisan kejurulatihan diketuai oleh beliau sendiri.

(Photo by K. Y. Cheng/South China Morning Post via Getty Images)

“Ketika melangkah masuk ke padang, anda [pemain] akan bermain sehingga ‘mati’ dan ‘menang’. Bagi saya, ini adalah pengingatan terhadap kesempatan yang diberikan kepada saya dan pemain.”

Pendedahan badan penyiasat kegagalan Harimau Malaya di Piala AFF 2020 tempoh hari ada mendedahkan isu keharmonian dan sikap pemain ketika mendapat panggilan menyertai pasukan kebangsaan.

Maka tidak hairanlah sekiranya Kim Pan-gon akan mengambil langkah yang sama dengan memperkenalkan slogan “Die for Malaysia” kepada pemain yang mahu menyarung jersi skuad kebangsaan selepas ini. Hanya mereka yang sanggup berjuang bermati-matian dan mempunyai semangat patriotik sahaja yang layak mendapat panggilan selepas ini.

Maka ia tidak menghairankan sekiranya pasukan kebangsaan akan menunjukkan motivasi lebih tinggi di dalam padang sekiranya formula sama berjaya dipraktikkan nanti.

Kim Pan-gon kenali Shin Tae-yong & Park Hang-seo

Berasal dari negara yang sama, Kim Pan-gon sudah pasti mengenali dua lagi jurulatih yang mencipta nama di Asia Tenggara, iaitu Park Hang-seo (Vietnam), dan Shin Tae-yong (Indonesia).

Sekurang-kurangnya Pan-Gon amat mengenali kualiti attitude yang dibawa oleh dua rakan senegaranya itu untuk diterjemah oleh pemain dengan aksi di dalam padang.

Di antara kedua-duanya, Kim Pan-gon boleh dianggap amat mengenali Shin Tae-yong. Ini kerana kedua-duanya sempat berkerja bersama selama enam bulan.

Kim Pan-gon adalah individu yang melantik Shin Tae-yong untuk membimbing skuad Korea Selatan di Piala Dunia 2018. Selama enam bulan itu, prestasi Shin Tae-yong turut dinilai Kim Pan-gon yang kemudiannya memutuskan agar kontrak jurulatih itu bersama Taeguk Warriors tidak lagi disambung – selepas gagal mencapai sasaran di Rusia.

Kim Pan-gon juga adalah jurulatih yang bertanggungjawab melantik Paulo Bento dari Portugal untuk menggantikan Shin Tae-yong. Di bawah bimbingan Paulo Bento, Korea Selatan cemerlang mengesahkan slot ke Piala Dunia 2022 di Qatar.

Semua ini menjelaskan Kim Pan-gon bukan sahaja mengenali seteru beliau di Asia Tenggara. Beliau juga mahir akan selok belok dan keperluan bola sepak antarabangsa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN