3 Punca Jerman Pulang Awal Dari Euro 2020

Juara tiga kali, Jerman terpaksa pulang awal dari Euro 2020 selepas tewas kepada seteru utama mereka di arena antarabangsa, England di Wembley. Selepas penampilan yang mengecewakan di Piala Dunia 2018 , Jerman sekali lagi gagal memenuhi harapan besar penyokong mereka.

Jerman mara ke pusingan kalah mati dari kumpulan yang dilabel “kumpulan maut” – turut mengandungi Perancis, Portugal dan Hungary. Tetapi skuad Joachim Low tetap gagal menewaskan musuh lama mereka di pusingan kalah mati. Kekalahan Jerman bermaksud ia bukan pengakhiran yang diharapkan oleh Low selepas 15 tahun membimbing Die Mannschaft.

Berikut adalah tiga sebab utama yang menyebabkan Jernam gagal melayakkan diri ke suku akhir Euro 2020.

Terlampau bergantung kepada bek sayap

Jerman tampil dengan sistem 3-4-2-1 di kejohanan kali ini, dan dilihat terlalu bergantung kepada bahagian bek sayap untuk melakukan serangan. Ini bermakna hanya dua pemain yang perlu diberikan tumpuan, iaitu Joshua Kimmich dan Robin Gosen yang menjadi punca serangan.

Kimmich adalah pemain paling konsisten untuk Jerman di kejohanan kali ini. Beliau tanpa penat lelah melakukan larian overlap dari sebelah sayap kanan. Gosens juga beraksi denagn cemerlang dalam dua perlawanan pertama peringkat kumpulan, namun gagal memberikan persembahan diharapkan pada dua perlawanan berikutnya.

Di pusingan kalah mati, taktik Jerman ini sangat mudah dibaca oleh England. Gareth Southgate tidak teragak-agak menggunakan sistem bek bertiga, dan dua bek sayap – khusus untuk memberikan tekanan kepada Kimmich dan Gosens. Hasilnya, bahagian serangan sebelah kiri Jerman langsung dimatikan sepanjang perlawanan.

Kimmich bermula dengan baik pada awal perlawanan, namun gagal memberikan impak berterusan sepanjang perlawanan. Hasilnya, Jerman gagal memberikan ancaman yang sepatutnya kepada bahagian pertahanan England.

Low guna taktik dan pemain yang salah

Keputusan Joachim Low untuk mengabaikan Serge Gnabry dan menamakan Timo Werner di dalam kesebelasan utama pada perlawanan Selasa lalu menjadi persoalan. Ini kerana sekiranya dibandingkan, Gnabry jelas sekali pemain yang lebih lincah di antara keduanya. Mungkin ada yang berpendapat Low mahu bermain secara bertahan dan hanya melakukan serangan balas. Ini menyebabkan beliau memilih Werner untuk memulakan perlawanan.

Penyerang Chelsea itu sememangnya mempunyai kemampuan untuk melakukan larian untuk memanfaatkan ruang kosong di bahagian pertahanan lawan. Namun menentang England, Werner gagal berbuat demikian. Malah kehadiran pemain itu langsung tidak memberikan impak.

Kemudian Gnabry pula diarahkan beraksi di posisi yang bukan kebiasaan beliau. Pemain muda Jerman ini kebiasaannya beraksi sebagai penyerang sayap dan gemar melakukan larian cut inside dengan lariannya dari bahagian sayap.

Kemampuan Gnabry seperti tidak dimanfaatkan sepenuhnya sepanjang kejohanan. Perlawanan menentang Perancis yang berkesudahan dengan kekalahan 1-0 di peringkat kumpulan adalah bukti nyata di mana bahagian atas serangan Jerman gagal menghadirkan ancaman.

Keadaan bertambah baik selepas itu dengan adanya Kai Havertz dan mobiliti yang ditampilkan pemain itu. Tetapi kemampuan Gnabry terus seperti diabaikan.

Selepas prestasi memberangsangkan Havertz, Low juga mungkin boleh meletakkan Havertz di posisi tengah serangan, manakala Gnabry sebagai penyerang sayap.

Benteng perthanan yang lemah serangan balas

Pasukan Jerman ini mempunyai kecenderungan untuk dibolosi oleh serangan balas pasukan lawan. Malah masalah sama telah dialami sejak Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Rusia lagi. Jerman seringkali bermasalah setiap kali berhadapan dengan pasukan yang mempunyai pemain sayap yang pantas dan lincah.

Di Euro 2020, bekas juara dunia ini dibolosi oleh Portugal dan Hungary juga melalui serangan balas pantas pihak lawan. Perancis juga berjaya berbuat demikian, namun gol dibatalkan kerana offside. Sekiranya Jerman tidak dibolosi menentang Hungary, mereka mungin tidak perlu berhadapan England di pusingan kalah mati.

Selain itu, Jerman juga terlalu berharap kepada Mats Hummel di bahagian pertahanan. Pemain berusia 31 tahun itu sepertinya tiada pengganti. Walaupun berkemampuan menampilkan aksi cemerlang dalam beberapa perlawanan, hakikatnya Hummels sudah melangkaui tempoh terbaik beliau.

Hummels turut bertanggungjawab untuk beberapa jaringan yang membocori gawang Jerman. Beliau dilihat bergelut berhadapan pemain yang memiliki kepantasan.

Penutup

Satu perkara yang pasti, penyingkiran Jerman dari Euro 2020 kali ini juga bermakna tamatnya satu lagi era bola sepak Jerman di bawah Joachim Low.

Selama 15 tahun membimbing Jerman, Low telah berjaya menajadikan Jerman salah sebuah pasukan digeruni di Eropah. Selepas ini Jerman akan diambilalih oleh Hansi Flick. Mungkinkah kita akan menyaksikan satu lagi projek baru Jerman di dalam pertandingan antarabangsa?

 

Baca artikel menarik lain mengenai Euro 2020:

Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode

Formula Croatia Bangunkan Bola Sepak Berpaksikan Kesungguhan Dan Kekentalan

Aymeric Laporte Kongsi Kisah Abaikan Perancis Untuk Jadi Pemain Naturalisasi Sepanyol

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN