TERKINI: Man Utd Capai Persetujuan RM419 Juta Beli Sancho Dari Dortmund

Manchester United akhirnya telah mencapai persetujuan untuk membayar Borussia Dortmund £73 juta (RM419 juta) kepada Borussia Dortmund untuk perpindahan Jadon Sancho.

Pemain sayap England berusia 21 tahun itu dijangka akan menandatangani kontrak selama lima tahun dengan pilihan tambahan setahun bersama Manchester United.

Jumlah bayaran perpindahan yang besar turut difahamkan akan dibayar secara lima ansuran, sekalgus menjadikan Sancho pemain Inggeris kedua termahal selepas Harry Maguire.

Pemain pertahanan, Maguire menyertai Man Utd daripada Leicester denga nilai £80 juta pada 2019.

Perpindahan Sancho ke Old Trafford dilihat sebagai usaha berterusan daripada pengurus, Ole Gunnar Solksjaer untuk menambahbaik pasukan untuk saingan pada musim hadapan.

Selepas membimbing Man Utd ke kedudukan kedua Premier League dan perlawanan akhir Europa League pada musim lalu, pengurus dari Norway itu mahu memperkuatkan bahagian sayap kanan, bahagiah tengah pertahanan, pertahanan tengah dan juga posisi penyerang.

Sancho dilihat sebagai pemain dengan profil untuk mengisi bahagian sayap kanan Red Devils. Persetujuan di antara Man Utd dan Dortmund ini akhirnya telah menamatkan saga perpindahan bekas pemain Man City yang telah berlanjutan sejak musim panas lalu.

Sancho diramal akan ke Old Trafford sejak musim lalu, namun kedua-dua kelab gagal mencapai persetujuan berkenaan nilai pemain tersebut.

Musim ini perpindahan Sancho seperti sudah tidak boleh dielakkan lagi oleh Dortmund. Jadon Sancho memiliki perjanjian lisan, atau turut dikenali sebagai ‘gentleman agreement’ untuk meninggalkan Borussia Dortmund pada musim panas ini. Perkara itu didedahkan sendiri oleh Pengarah Sukan kelab Bundesliga itu, Michael Zorc.

Bercakap kepada sebuah syarikat penyiar Jerman dalam satu rancangan, Zorc berkata beberapa syarat khas perlu dipenuhi oleh pihak yang berminat untuk membenarkan perpindaha pemain tersebut pada penghujung musim ini.

“Kami sudah ada gentleman agreement dengan Jadon [Sancho] sejak tahun lalu lagi, bahawa beliau boleh pergi dengan bersyarat,” kata Zorc.

“Beliau sudah bersama kami sejak beberapa musim lalu. Namun demiian, perjanjian sebegini tidak melubatkan Erling [Haaland].”

Zorc turut mendedahka gentleman agreement tersebut telah diaktifkan oleh Manchester United pada musim lalu, namun perpidahan pemain itu ke Old Trafford tidak menjadi kenyataan selepas beberapa syarat tidak dipenuhi.

Difahamkan antara syarat yang dipinta Dortmund ialah nilai £110 juta yang enggan dipenuhi oleh United.

Sancho telah menjaringkan 50 gol dan menghasilkan 57 assist dari 137 penampilan untuk Dortmund. Beliau juga menjaringkan dua gol di perlawanan akhir Piala Jerman untuk membantu Dortmund menang 4-1 ke atas RB Leipzig pada Mei lalu.

Sancho juga kini memiliki 20 caps bersama England sejak melakukan penampilan pertama antarabangsanya pada 2018. Sehingga kini beliau telah menjaringkan tiga gol bersama skuad The Three Lions.

 

Baca artikel lain mengenai Jadon Sancho:

Dortmund Menyesal Tak Jual Sancho Kepada Manchester United Awal-Awal

3 Pembelian Mandatori Oleh Man Utd Untuk Rangkul Premier League Musim Hadapan

Apa Yang Susah Sangat Nak Mainkan Jadon Sancho?

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN