Baru-baru ini, bekas pemain dan pengulas perlawanan liga tempatan, Stanley Bernard telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuala Lumpur (KL) United FC.
Lapan tahun selepas beliau meninggalkan Kuala Lumpur, akhirnya Stanley Bernard kembali ke pangkuan pasukan yang menjadi permulaan karier profesionalnya pada musim 2004. Beliau kini kembali dengan satu cabaran baharu untuk memacu pasukan ke satu era baharu selepas penswastaan pasukan-pasukan Liga Malaysia (Liga M).
I'd like to thank each and everyone of you who has reached out. Thank you for your support. Please do support Kuala Lumpur as we try to bring the changes in. Thank you again 🙏
— Stanley Bernard (@fusoSTAN) December 13, 2020
Sebagai seorang bekas pemain yang memiliki diploma dalam pengurusan perniagaan, lesen kejurulatihan “B” Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan turut berpengalaman sebagai pengulas bolasepak di dalam dan luar negara, beliau dirasakan mampu menjadi seorang CEO pertama yang terbaik buat Kuala Lumpur nanti.
Dilihat memenuhi kriteria sebagai CEO, Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) membuat kejutan dengan menawarkan kepadanya posisi tersebut yang amat jarang atau mungkin kali pertama berlaku dalam kancah bola sepak tempatan.
Tampil bercakap kepada Astro Arena, berikut adalah antara perubahan yang bakal dilaksanakannya bersama KL United yang dianggapnya sebagai rumah keduanya:
From "Man On The Street" to CEO.
Congrats Stan!#StadiumAstro https://t.co/mpkZVhZmeq pic.twitter.com/cTPDDHOqXk— Stadium Astro 🇲🇾 (@stadiumastro) December 13, 2020
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
Keutamaan pertama Stanley Bernard di KL United adalah stadium. Menurutnya, “Dari pemahaman saya, perkara utama dalam pengurusan kelab bola sepak ialah stadium. Kelab akan melalui banyak masalah apabila stadium bukan hak milik mereka.”
“Kita sedang melihat bagaimana kita boleh menukar konsep ini dengan menjanakan pendapatan dari stadium. Untuk perkara ini berlaku, kita perlu memiliki stadium atau memiliki hak untuk menguruskan dan menjanakan pendapatan dari semua aktiviti di stadium,” ulasnya sambil berkata yang stadium di Cheras itu memiliki fasiliti yang baik.
‘Content’ berkaitan pemain dan kelab
Sebagai seorang yang terlibat menjadi pengulas, beliau melihat yang penciptaan ‘content’ daripada kelab sangat penting dalam menarik perhatian penyokong dan juga para penaja. Sebagaimana yang dibuat oleh beberapa pasukan, laman sosial dan YouTube adalah medan penting dalam mencipta ‘content’ buat kelab nanti.
Ujar Stanley Bernard, “Ramai melihat 90 minit itu adalah segala-segalanya sebab ia adalah tarikan besar. Tetapi penciptaan kandungan seperti perjalanan seorang pemain, perjalanan latihan pasukan dan kegiatan harian pemain, jurulatih dan pengurusan yang dilihat dari sudut perfileman boleh digunakan untuk pemasaran kelab.”
Tiada lagi suara & ulasan Stanley Bernard di #LigaMalaysia2021 selepas dia diumumkan secara rasmi sebagai CEO baru untuk Kuala Lumpur United FC. 👏🏻 #KembaliTeguh #KitaJagaKita #JENDELA #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/gWCieI7GI9
— Team Malaysia (@TeamMsia) December 12, 2020
Kelab perlu jana pendapatan bukan minta tajaan
Menurut Stanley Bernard, penting buat kelab yang merupakan syarikat persendirian untuk menjana pendapatan. Dan beliau ada cara tersendiri yang mahu dicubanya.
“Kita perlu beralih dari pemikiran penajaan dan bergerak ke arah kerjasama. Sebagai syarikat persendirian, kita tidak boleh pergi kepada sesiapa untuk hanya meminta penajaan. Syarikat diwujudkan untuk menjana pendapatan dan mengaut keuntungan.
“Jadi, menjalani kerjasama dengan pihak luar harus memberi kebaikan dari segi pemasaran jenama atau penjualan kepada pihak tersebut menerusi pelaburan dalam bolasepak,” tambahnya lagi yang bakal melalui pengalaman pertamanya nanti.
KREDIT FEATURED IMAGE: KUALA LUMPUR HAWKS
Baca lagi artikel mengenai Kuala Lumpur dan Stanley Bernard:
Stanley Bernard Tegaskan Harimau Malaya Perlu Lebih Ramai Pemain Berkualiti
Zhafri Yahya Mahu Beri Sumbangan Lebih Bermakna Bersama Kuala Lumpur