3 Perkara Positif Mampu Diberi Rodney Celvin Bersama Kuching City

Pertahanan kental tempatan, Rodney Celvin Akwensivie secara rasminya sah menyertai Kuching City untuk saingan hadapan, selepas beliau menjadi antara rekrut sulung pasukan tersebut.

Terdahulu, Rodney menamatkan kontrak beliau dengan lebih awal bersama Kedah Darul Aman (Kedah) selepas pertahanan kental itu menabur bakti bersama pasukan berkenaan selama beberapa musim.

Bersama Kedah, Rodney menjadi antara pertahanan cukup menyerlah selepas gandingan beliau bersama pemain lain antara sering diberi tumpuan para peminat.

Pemain kelahiran Sarawak itu telah pun mencatat 14 penampilan keseluruhan secara musim ini bersama Kedah bawah kendalian Nafuzi Zain, sebelum mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak lebih awal.

Bersama Kuching City, kelibat Rodney sebenarnya mampu membawa impak cukup besar buat pasukan tersebut menerusi kelebihan dimiliki beliau untuk memperkemaskan lagi kelab berkenaan pada saingan musim hadapan.

Pengalaman Rodney

Rodney boleh dianggap sebagai salah satu pertahanan tempatan yang memiliki pengalaman cukup tinggi walaupun masih berusia 27 tahun.

Selain berpengalaman di pentas AFC bersama Kedah pada tahun lalu, Rodney juga pernah beraksi untuk skuad kebangsaan bawah 23 (B-23) pada suatu ketika bawah kendalian Frank Bernhardt.

Pengalaman dimiliki pemain ini menjadikan beliau sebagai aset penting sebenarnya unruk Rodney memberi panduan berguna buat rakan sepasukan lain masih muda serta kurang matang dalam aksi Liga Super musim hadapan.

Kualiti Rodney Celvin

Beraksi di posisi pertahanan, Rodney memiliki aset cukup baik daripada segi fizikal beliau untuk berdepan dengan mana-mana penyerang pasukan lawan.

Kekuatan fizikal Rodney juga dianggap sangat baik selain beliau memiliki ketenangan cukup tinggi untuk mengawal bola serta bijak melepaskan hantaran jauh tepat kepada rakan sepasukan.

Selain itu, Rodney juga tidak mengambil masa yang lama untuk cepat menyesuaikan diri bersama mana-mana pasangan pertahanan lain dan sudah dibuktikan ketika bersama Kedah.

Kembali bersama Aidil Sharin Sahak

Salah satu perkara paling mencuri tumpuan pastinya hubungan antara Rodney bersama pengendali Kuching City kini iaitu Aidil Sharin Sahak yang pernah terjalin ketika berada di Kedah sejak dua musim lalu.

Bersama Aidil, boleh dikatakan prestasi Rodney sangat menyerlah ketika itu dan menjadi antara pemain pertahanan terbaik Malaysia terutama pada dua musim lalu bersama prestasi cukup konsisten.

Pastinya keupayaan Rodney kini ditagih semula untuk berada pada prestasi optimum bersama Kuching City dan Aidil sudah tentu mengetahui cara untuk menggunakan sehabis baik potensi dimiliki pertahanan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN