3 Penyerang Terkenal Yang Gagal Menyinar Ketika Bersama Real Madrid

Real Madrid telah menandatangani semula penyerang, Mariano Diaz dari Lyon  dengan nilai £29,7 juta (RM159.13 juta).

Mariano menyinar di Perancis musim lalu apabila berjaya menjaringkan 18 gol dan menghasilkan tujuh bantuan gol bagi membantu Lyon menamatkan saingan di kedudukan ketiga terbaik dalam saingan Ligue 1.

Ternyata, kepulangan semula penyerang berusia 25 tahun ini amat ditagih oleh pasukan agar beliau dapat membantu menambahkan lagi kekuatan di jentera serangan selepas pasukan kehilangan Cristiano Ronaldo.

Bagaimanapun, terdapat suara-suara dari peminat tegar Los Blancos yang masih belum yakin sepenuhnya dengan kemampuan yang dimiliki pemain kelahiran Republik Dominica ini.

Hal ini kerana mereka masih khuatir dan bimbang kalau-kalau kehadiran Mariano bakal mengulangi nasib sama yang pernah dialami oleh beberapa penyerang ternama yang sebelum ini gagal menyinar apabila menyertai Real Madrid.

Siapakah mereka ? Berikut adalah tiga penyerang ternama yang gagal menyinar ketika bersama Real Madrid.

1. Nicolas Anelka


Sememangnya nama Nicolas Anelka cukup dikenali antara penyerang terbaik yang pernah mendominasi kelab-kelab gergasi di Eropah seperti Arsenal, Chelsea, dan Paris Saint-Germain.

Tidak terkecuali, Real Madrid juga turut tersenarai antara kelab yang berminat mendapatkan khidmat penyerang kelahiran Perancis itu.

Anelka menyertai Real Madrid pada tahun 1999 selepas berjaya menambat hati pihak pengurusan Los Blancos apabila menampilkan persembahannya yang cemerlang di Liga Inggeris bersama Arsenal.

Beliau tiba di Santiago Bernabeu dengan rekod perpindahan sebanyak £22.3 juta (RM119.49 juta).

Harga pembelian tersebut antara nilai yang tertinggi yang dicatatkan bagi rekod pembelian pemain muda pada ketika itu.

Bagaimanpun, harapan besar Real Madrid keatas penampilan Anelka bersama pasukan mereka telah dibalas dengan kekecewaan dan kehampaan.

Meskipun beliau telah membantu pasukan menjuarai gelaran Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 2000, penampilan peribadi Anelka bersama pasukan telah gagal menambat hati pencinta bola sepak Real Madrid.

Beliau hanya berjaya menghasilkan dua gol dalam 19 penampilan bersama pasukan.

Kegagalan Anelka tersebut memberi tamparan hebat buat pengurus pasukan, John Tosback.

Bukan itu sahaja, Anelka turut terpalit dengan kontroversi bersama pasukannya.

Ianya tercetus apabila pihak pengurusan mengenakan penggantungan selama 45 hari tanpa gaji keatas Anelka selepas penyerang Perancis itu enggan untuk turut berlatih bersama pasukan pada bulan Mac 2000.

Situasi tersebut juga memberi kesan keatas karier antarabangsanya apabila beliau disisihkan dalam beberapa perlawanan bersama skuad Perancis.

Akhirnya, Anelka membuat keputusan untuk berhijrah pulang ke negara asalnya untuk menyertai kembali kelab lamannya iaitu Paris Saint-Germain (PSG) dengan nilai perpindahan berjumlah £34,5 juta (RM184,89).

2. Antonio Cassano


Siapa yang tidak kenal dengan penyerang kelahiran Itali ini. Beliau merupakan antara penyerang terhebat semasa era kegemilangannya.

Namun begitu, karier gemilang Cassano dalam arena bola sepak sedikit tercalar apabila beliau turut tersenarai antara pemain yang gagal ketika bersama pasukan Real Madrid.

Pada bulan Januari 2006, Cassano secara rasminya berpisah dengan Roma dan menandatangani kontrak dengan Real Madrid dengan nilai perpindahan direkodkan sebanyak £5 juta (RM26.79 juta).

Dalam dua musim bersama Los Blancos, Cassano hanya berjaya mencipta tiga jaringan sahaja secara peribadi.

Prestasi buruk bersama Real Madrid yang dipamerkan beliau turut diakui oleh dirinya sendiri.

Dalam satu temubual bersama Goal, beliau mengakui dirinya melakukan satu kesilapan yang amat besar dalam hidupnya apabila memilih untuk menyertai pasukan dari Sepanyol itu.

“Kesilapan terbesar saya adalah berada di Real Madrid selama satu setengah tahun. Ini kerana saya telah merosakkan hampir seluruh karier saya disana.”

“Itulah penyesalan yang amat besar bagi saya.”

“Sekiranya saya mendengar nasihat dari Totti, mungkin saya tinggal di Roma selama 10 atau 15 tahun bersamanya.”

Melihat prestasi yang kurang baik bersama Real Madrid membuatkan pihak terpaksa melepaskan beliau secara pinjaman kepada Sampdoria selama satu musim sebelum melakukan perpindahan secara tetap pada tahun 2008.

3. Javier Saviola


Harapan Javier Saviola untuk kekal sebagai penyerang utama di Barcelona tidak menjadi kesampaian apabila Frank Rijkaard sudah tidak berminat untuk menggunakan khidmatnya pada musim hadapan (2007/08).

Saviola yang sebelum ini menyertai Barcelona pada tahun 2001 telah dipinjamkan selama dua musim ke AS Monaco dan Sevilla.

Selepas tamat masa pinjaman di Sevilla, Frank Rijkaard memutuskan untuk tidak lagi menyambung kontrak Saviola bersama pasukannya.

Tindakan Rijkaard itu telah mendapat perhatian dari seteru utama mereka iaitu Real Madrid.

Memandangkan ketika itu Real sedang giat mencari penyerang baharu, mereka telah menghantar wakil ke Barcelona untuk berunding bagi mendapatkan khidmat Saviola.

Akhirnya, rundingan kedua-dua pihak mendapat kata sepakat dengan Barcelona bersetuju untuk melepaskan Saviola ke Real Madrid .

Apa yang mengejutkan, rekod perpindahan penyerang Argentina itu adalah percuma.

Beliau mengikat perjanjian kontrak selama tiga tahun di Madrid.

Bersama Real Madrid, Saviola mengalami masa yang sukar. Beliau kurang mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

Beliau sukar untuk bersaing dengan penyerang hebat seperti Ruud van Nistelrooy dan Raúl.

Tekanan terus dihadapi Saviola apabila pasukannya mendatangkan Klaas-Jan Huntelaar dari Ajax.

Kehadiran Huntelaar sekaligus menutup peluang sepenuhnya bagi Saviola untuk merebut tempat di bahagian serangan pasukan.

Selama dua musim menghadapi detik hitam di Madrid, beliau hanya berpeluang tampil dalam 28 penampilan secara keseluruhan dan hanya berjaya mencipta 5 gol untuk pasukan.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN