Kieran Richardson Pelik Kenapa Pogba Gagal Ulang Prestasi Bersama Perancis Di Man United

Pogba

Semua orang mengetahui yang Paul Pogba merupakan seorang pemain cukup berkaliber ketika ini.

Beliau telah memenangi pelbagai kejuaraan bersama Juventus dan Manchester United. Malah beliau turut mendakap Piala Dunia bersama Perancis.

Namun begitu, persembahan Pogba bersama skuad kebangsaan jelas berbeza ketika beraksi untuk Manchester United.

Menurut bekas pemain Manchester United iaitu Kieran Richardson, beliau mengakui pelik mengapa pengaruh Pogba tidak berjaya membawa pengaruh beliau ketika dengan pasukan kebangsaan kepada kelab.

Ia bukannya berkaitan dengan prestasi pemain itu di atas padang, sebaliknya pengaruh sebagai ketua kepada rakan sepasukan.

Pogba
MANCHESTER, ENGLAND – AUGUST 10: Paul Pogba of Manchester United reacts during the Premier League match between Manchester United and Leicester City at Old Trafford on August 10, 2018 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

 

“Saya pelik dengan Paul Pogba. Ketika bermain untuk Perancis, beliau menunjukkan ciri-ciri kepimpinan beliau kepada pasukan walaupun tidak menjadi kapten.”

“Namun begitu, beliau seolah-olah tidak menunjukkan perwatakan yang sama untuk Manchester United.”

Dalam masa yang sama, Richardson turut mengatakan pasukan bola sepak perlu mempunyai pengurus yang berkaliber untuk berjaya.

Hal ini kerana menurut beliau, seandainya sesebuah pasukan itu tidak mempunyai pemain yang mantap sekali pun mereka masih mampu berjaya kerana mempunyai pengurus yang hebat.

“Ketika era Sir Alex Ferguson, skuad Manchester United mampu untuk memenangi kejuaraan walaupun ada pemain yang bertaraf sederhana dalam pasukan ketika itu.”

“Namun kini walaupun skuad ada himpunan bintang, Manchester United masih sukar untuk mencabar kejuaraan.”

Keiran Richardson merupakan pemain Manchester United pada tahun 2002 hingga 2007.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN