Terengganu bakal memulakan kempen mereka di pentas antarabangsa bagi saingan Piala AFC malam ini di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak bagi peringkat Kumpulan G dengan membuat perhitungan bersama wakil dari Australia, Central Coast Mariners.
Selepas menanti sehingga 11 tahun untuk ke pentas AFC kembali, akhirnya ia berjaya direalisasikan pada tahun ini dengan Terengganu pastinya mahu melakar sejarah baharu di hadapan ribuan penyokong mereka.
🏴🏳️ HARI PERLAWANAN PIALA AFC 2023 : TERENGGANU FC (MAS) VS CENTRAL COAST MARINERS (AUS) 🏴🏳️
TERENGGANU FC (MAS) VS CENTRAL COAST MARINERS (AUS)
📆 20 September 2023 – RABU
⏰ 8.00 pm
🏟 Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin📲Pembelian boleh melalui dari aplikasi Terengganu FC… pic.twitter.com/7YoJkd2xsY
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) September 20, 2023
Walaupun tampil dengan tidak konsisten pada awal musim, pengendali mereka iaitu Tomislav Steinbruckner perlahan-lahan mengubahnya menjadi lebih positif dan bersedia di segenap aspek sebelum menghadapi aksi Piala AFC ini.
Untuk perlawanan malam ini, pasukan yang bakal dihadapi mereka bukan calang-calang kerana Central Coast Mariners membawa status selaku juara A-League untuk musim 2022/2023 dengan begitu gah.
Malah pasukan tersebut juga turut dibarisi ramai pemain berkualiti di segenap posisi untuk memberi cabaran getir buat Terengganu walaupun beraksi di halaman sendiri.
Namun, Terengganu juga bukan suatu pasukan calang-calang kerana mereka juga mempunyai rantaian pemain berkualiti musim ini dan mampu mencipta kejutan untuk berhadapan juara dari Australia itu.
Shahrul Nizam (Pertahanan)
Pertahanan tengah Terengganu ini boleh dianggap sebagai salah satu kunci kekuatan utama pasukan tersebut, selepas mengukuhkan tempat beliau dalam kesebelasan utama Sang Penyu.
The one and only!
Our Shahrul Nizam ☄️#TerengganuFC pic.twitter.com/IYSEOKmtQH— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) August 27, 2023
Pada usia 25 tahun, Shahrul memiliki sikap kepimpinan yang cukup baik di atas padang untuk memastikan disiplin bertahan pasukannya tidak terjejas walaupun ditekan kelab lawan.
Kekuatan Shahrul terarah kepada bacaan bolanya yang tepat untuk menghentikan pergerakan serangan lawan serta mempunyai kekuatan fizikal cukup bagus bagi mengatasi mana-mana penyerang.
Habib Haroon (Tengah)
Pemain tengah Terengganu tersebut pastinya akan terus mencuri tumpuan pada aksi malam ini kerana beliau bakal menggerakan pasukan serta mengawal tempo permainan sepanjang tempoh 90 minit aksi berlangsung.
Habib merupakan seorang pemain yang mempunyai kualiti tinggi untuk mencipta hantaran-hantaran berbahaya kepada pemain serangan serta kreatif mengatur pelan permainan.
DOUBLE TROUBLE ☄️
Habib and Manny long range effort on the last match against KL City FC.#TerengganuFC#WeBleedBlackandWhite#TFCTV pic.twitter.com/UtGZT3Gp1y
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) October 11, 2022
Malah, beliau juga tidak mempunyai masalah untuk bergandingan dengan mana-mana pemain untuk mencapai keserasian dalam tempoh masa singkat seperti import terbaharu Terengganu, Nurillo Tukhtasinov di posisi tengah.
Ivan Mamut (Penyerang)
Penyerang import tinggi lampai ini menjadi antara pemain paling kerap dikritik para penyokong Sang Penyu sejak awal musim bersama Terengganu kerana ketumpulannya di hadapan gawang gol.
⚽ Ivan Mamut shot from outside the box ⚫⚪#PialaFA2023 #TERKEL #TFC #IvanMamut#SNESports pic.twitter.com/XOOcEbF36N
— SNEsports (@SNE_Sports) May 28, 2023
Namun Mamut memberi isyarat kali ini beliau bersedia untuk menghadapi aksi AFC selepas merekodkan sejumlah besar jaringan termasuk dua kali hatrik di saingan domestik bersama aksi cukup menyakinkan.
Menjadi antara penyerang yang memiliki ketinggian cukup baik, pastinya beliau akan menggunakan kelebihan tersebut untuk memenangi perebutan bola di udara selain rembatan deras kaki kirinya yang tepat.