Menjelang perlawanan persahabatan tier 1 antara Malaysia menentang Syria yang akan berlangsung di Stadium East-Town Football Park, Chengdu, China petang ini, ada beberapa pemain yang akan menjadi tumpuan buat penyokong Harimau Malaya.
Untuk rekod, Malaysia pernah bertemu Syria sebanyak dua kali sebelum ini namun kedua-kedua perlawanan pada tahun 2014 dan 2017 berakhir dengan kekalahan buat skuad kebangsaan.
Hari Perlawanan | Rabu, 6 September 2023
Perlawanan Antarabangsa Tier 1
⚽ MALAYSIA 🇲🇾 🆚️ 🇸🇾 SYRIA
🕔 5:00 petang ini
🏟 Stadium East-Town Football Park, Chengdu, China📺 Siaran langsung di @ASTROARENA dan @tv9malaysia #FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/yU2KZP2oTp
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 6, 2023
Siapakah pemain tumpuan untuk aksi petang ini bagi mengatasi Syria? Adakah mereka mampu memberi impak dalam perlawanan ini untuk mencatat kemenangan pertama ke atas Syria?
Syihan Hazmi
Dengan prestasi yang konsisten bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dan hanya bolos 7 jaringan sahaja selepas 21 perlawanan di saingan Liga Super setakat ini, ia menunjukkan Syihan mampu mengawal gawang dengan baik.
Namun begitu, perlawanan petang ini akan menjadi ujian sebenar keupayaan beliau dari segi ketangkasan untuk kita melihat apakah dirinya memang ternyata berada di landasan terbaik bagi mengawal gawang Malaysia atau sebaliknya.
Dari pengamatan, pemain kelahiran Kelantan ini tidak akan menghadapi masalah untuk bekerjasama dengan barisan pertahanan kerana pernah bermain sekali sebelum ini dan ada diantara mereka juga dari kelab yang sama.
Dion Cools
Bermain bersama Buriram United di Liga Thailand dan mencipta pelbagai kejayaan bersama kelab tersebut meskipun baru menyertainya memberi isyarat pemain ini mampu memberi impak positif kepada pasukan.
Pemain berusia 27 tahun ini juga bijak membaca permainan dan pengalaman beliau beraksi di liga luar amat ditagih oleh Kim Pan-gon untuk membantu pasukan mencipta kemenangan dan apatah lagi dirinya.
Sudah pasti beliau akan menjadi tonggak penting buat Malaysia dan perkara ini dibuktikan ketika dirinya beraksi dalam aksi kelayakan Piala Asia tahun lepas.
Mempunyai ketinggian 1.85 meter dan saiz yang bagus memberi kelebihan buat dirinya terutama bola tinggi.
Beliau juga boleh bermain di beberapa posisi dan ini memberi kelebihan buat Pan-gon untuk merencana taktikal dalam setiap perlawanan.
Safawi Rasid
Pemain yang dipinjamkan ke Ratchaburi Liga Thailand ini juga antara akan menjadi tumpuan apatah beliau mampu memberikan prestasi terbaik selepas pulang menuntut ilmu di luar negara.
Bekas penjaring terbanyak Piala AFF 2020 ini sudah pasti ingin memikat hati Pan-gon agar menjadi pilihan utama dalam setiap perlawanan.
GOOLL!!!
Safawi Rasid 11'TURKMENISTAN 🇹🇲 0-1 🇲🇾 MALAYSIA#FAM #HarimauMalaya #ACQ2023 pic.twitter.com/qcd7xfsZmP
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 8, 2022
Bermain 13 perlawanan bersama Ratchaburi dan meledak satu jaringan bersama kelab tersebut, ia tetap satu kejayaan kecil buat dirinya meskipun kita mengharapkan dirinya mampu menjaringkan lebih banyak gol.
Selepas berguru di Thailand beberapa bulan, petang ini kita akan lihat hasil bagaimana.
Penutup
Dari segi ranking, sememangnya Syria lebih tinggi namun prestasi serta keputusan positif yang diraih oleh anak buah Pan-gon sebelum ini memberi sinar untuk kita mencatat kemenangan.