Percaturan Bijak Kim Pan-gon Pastikan Malaysia ‘Ikat’ Syria Di Chengdu, China

Malaysia berjaya untuk mencipta keputusan positif pertama mereka di China, selepas mencatat keputusan seru 2-2 bersama Syria dalam aksi yang berlangsung di Stadium East-Town Football Park, Chengdu.

Tampil dengan barisan terbaik yang disenaraikan oleh Kim Pan-gon, Malaysia terpaksa ketinggalan terlebih dahulu kepada lawan sebelum Akhyar Rashid serta Darren Lok tampil selaku wira untuk menyelamatkan maruah skuad kebangsaan.

Jelas percaturan Kim membuat sedikit rombakan pemain serta taktikal permainan berjaya memerangkap lawan untuk lebih banyak bertahan berbanding Malaysia yang lebih agresif di babak separuh masa kedua.

Secara keseluruhan, Malaysia tampil dengan begitu baik pada aksi ini berbanding lawan terutama sekali pada babak separuh masa kedua, dengan pelbagai gerakan lebih kreatif dijana skuad kendalian Kim untuk menafikan lawan.

Awal perlawanan menyaksikan Syria terlebih dahulu menguasai permainan dengan tekanan cuba diberikan pada posisi tengah menerusi hantaran-hantaran pendek yang pantas dilakukan.

Sesekali pertahanan Syria juga tampil dengan sedikit kelam kabut, menerusi kelincahan dipamerkan oleh Faisal Halim yang aktif membuat hantaran-hantaran lintang ke dalam petak penalti Syria.

Syria terlebih dahulu mendapat ruang menerusi Yasin Alsamya yang melepaskan satu percubaan deras sebelum diselamatkan oleh Syihan Hazmi pada minit keempat.

Selepas 10 minit perlawanan berlangsung, kedua pasukan tampil seimbang berbalas serangan dengan intensiti permainan juga sangat tinggi.

Akhirnya Syria terlebih dahulu membuka akaun jaringan pada minit ke-11 menerusi Mardek Mrdkian,selepas kesilapan sendiri dibuat oleh pertahanan negara mengundang padah buat lawan untuk memperoleh gol sulung perlawanan.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Malaysia menggandakan asakan mereka untuk kembali mendapatkan gol penyamaan dengan gerakan dari pelbagai arah dilancarkan skuad kebangsaan untuk membuatkan lawan lebih banyak bertahan di kawasan sendiri.

Faisal hampir membuka akaun jaringan sulung buat pasukan negara, selepas rembatan deras beliau berjaya dilepaskan hasil hantaran cantik daripada Paulo Josue sebelum ianya diselamatkan oleh penjaga gol Syria.

Syria terus menambah derita Malaysia menerusi gol kedua mereka hasil situasi sepakan sudut pada minit ke-40 hasil ledakan Yasin Alsamya untuk selesa menamatkan separuh masa pertama mereka berbanding pasukan negara.

Bersambung di separuh masa kedua, Sharul Nazeem dibawa masuk untuk menggantikan khidmat Shahrul Saad bagi memperkukuhkan lagi aspek pertahanan Harimau Malaya.

Akhyar Rashid yang dibawa masuk selaku pemain gantian tidak menunggu masa lama untuk meledak gol sulung buat Malaysia pada minit ke-50 setelah beliau menerima satu hantaran jauh tepat untuk melepasi perangkap ‘offside’ serta membuka kembali peluang buat Harimau Malaya dalam aksi ini.

Malaysia jelas tampil dengan lebih baik di separuh masa kedua, menerusi gerakan dicipta lebih tersusun untuk mengatasi pasukan lawan di bahagian serangan.

Walaupun lebih banyak menguasai permainan, secara keseluruhan Malaysia mengalami kesukaran untuk mendapatkan penyudah yang dicari bagi menyamakan kedudukan semasa mereka bersama Syria.

Malaysia akhirnya berjaya menyamakan kembali kedudukan perlawanan, menerusi jaringan lewat daripada Darren Lok yang menewaskan penjaga gol Syria pada minit ke-85.

Keputusan perlawanan kekal dengan kedua pasukan saling terikat 2-2 di Chengdu, selepas ada kebangkitan positif dilakar pasukan kebangsaan di separuh masa kedua untuk menafikan kemenangan pasukan lawan.

Kesebelasan utama

Malaysia: Ahmad Syihan Hazmi (Penjaga gol), Matthew Davies (Kapten), Shahrul Saad, Faisal Halim, Stuart Wilkin, Arif Aiman, Paulo Josue, Brendan Gan, Endrick dos Santos, Dion Cools, Corbin Ong

Syria: Ahmad Madanieh (Penjaga gol/ Kapten), Mouaiad Alajaan, Amr Al Midani, Amro Jeniat, Mahmoud Al Mawas, Yasin Alsamya, Thaer Krouma, Mohammad AlHallak, Kamel Hmeisheh, Mohammad Anez, Mardek Mrdkian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN