Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menghadapi aksi kedua bagi saingan AFC Champions League (ACL) peringkat Kumpulan I malam ini dengan perlawanan seterusnya membabitkan pasukan tersebut menentang wakil dari Thailand iaitu BG Pathum.
Sebelum itu, JDT memulakan kempen dengan langkah kiri selepas mereka mencatat kekalahan tipis 0-1 di tangan wakil kelab dari Jepun iaitu Kawasaki Frontale di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).
It's matchday!
⚽ BG PATHUM UNITED vs JDT
🏆 2023 AFC Champions League
🏟 Pathum Thani Stadium
🕙 19:00 🇹🇭 #BGPvJDT#AFCChampionsLeague#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/4YseVSCenZ— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) October 3, 2023
Walaupun tewas, secara keseluruhan JDT berjaya menampilkan aksi cukup menyakinkan untuk memberi tekanan buat pasukan lawan bagi mendapatkan jaringan penyamaan.
Tewas pada aksi pertama, sudah tentu skuad kendalian Esteban Solari enggan keciciran sebarang mata lagi kerana pasukan tersebut pastinya ingin mengulangi kejayaan musim lalu mara ke pusingan 16 terbaik.
Beraksi di gelanggang lawan iaitu Stadium BG, pastinya JDT bakal menghadapi cabaran besar serta rekod pertemuan mereka sebelum itu pada tahun 2015 juga memihak kepada tuan rumah.
Apapun, kali ini JDT hadir dengan persediaan yang lebih baik di segenap posisi dan tiga daripada pemain mereka dianggap bakal mencuri tumpuan untuk berhadapan BG Pathum.
Arif Aiman Hanapi
Bintang muda JDT ini sekali lagi sedang menikmati musim-musim hebat beliau dalam karier bola sepak profesional bersama JDT walaupun baru berusia 21 tahun.
Arif Aiman puts us ahead! 🤩#JDTvSEL#PialaFA2023#WhatCanYouDo#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/xmR52UWBBh
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) June 26, 2023
Pada aksi lalu ketika bertemu Kawasaki Frontale, Arif menjadi antara pemain yang menjadi tumpuan pasukan lawan kerana kelincahannya menghuru harakan pertahanan kelab tersebut sehingga turut menerima pujian peminat dari Jepun di media sosial.
Kualiti dimiliki Arif pastinya ditagih untuk aksi malam ini, kerana kelincahan serta ketajaman beliau mampu menjadi aset penting JDT khususnya untuk mendapatkan gol penting.
Bergson da Silva
Penyerang berbisa JDT ini seperti sedia maklum kembali berada prestasi yang sebenar selepas beliau pulih daripada kecederaan pada awal musim 2023 sehingga terpaksa diketepikan seketika.
BERGSON THE ONLY PLAYER TO SCORE 100 GOALS FOR JDT
Johor Darul Ta'zim FC's (JDT) all-time leading goalscorer Bergson Da Silva achieved another landmark after becoming the first player to score 100 goals for the Southern Tigers.
Bergson, who made his debut in 2021 against UiTM… pic.twitter.com/Hazg5JKfil
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) September 24, 2023
Kembalinya beliau di atas padang, Bergson tidak menunggu lama untuk membuktikan dirinya menjadi aset penting buat JDT khususnya selaku mesin gol dan pemain itu sebenarnya hampir mencetak nama ketika mereka menentang Kawasaki Frontale lalu.
Terlepas peluang menjaringkan gol pada aksi lalu, sudah tentu pemain dari Brazil ini menyimpan angan-angan untuk menjadikan BG Pathum selaku mangsa pertama beliau di pentas Asia musim 2023.
Jordi Amat Maas
Pertahanan kental JDT tersebut sudah tentu ditagih pada malam ini untuk memastikan serangan pasukan lawan dapat disekat sepanjang tempoh 90 minit aksi berlangsung.
Jordi Amat's first JDT goal! 🌟#JDTforAll #WhatCanYouDo #LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/CO09uPVYI5
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) June 18, 2023
Hadir dengan pengalaman yang sangat luas sebelum itu di Eropah, kelibat Jordi sudah tentu akan mencuri tumpuan khususnya untuk menghalang pasukan lawan daripada mencipta sebarang peluang berbahaya.
Jordi menjadi antara pemain yang sangat cemerlang musim ini dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) menerusi konsistensinya di posisi pertahanan, dan sudah tentu momentum tersebut diperlukan lagi untuk aksi menentang wakil dari Thailand tersebut.