Tiga pemain Thailand, Supachai Chaided, Suphanat Mueanta, dan Ratthanakorn Maikami telah berangkat ke England untuk berguru bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Leicester City yang dijangka selama sebulan.
Ketiga-tiga pemain itu merupakan tonggak utama yang beraksi untuk kelab Buriram United dan pastinya kesempatan tersebut menjadi platform untuk mengasah dan mempertajamkan teknik serta skil permainan mereka.
🇹🇭🛫🏴 3 THAI PLAYERS TO TRIAN IN LEICESTER CITY FC FOR 1 MONTH
Three Buriram United's players: Supachai Jaidet, Supanut Muenta and Ratthanakorn Maikami have departed for England to train in Leicester City FC for 1 month.#BuriramUnited #LeicesterCity pic.twitter.com/DqE5GPR2XJ
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) June 28, 2022
Perancangan tersebut sebenarnya sudah pun direncana oleh kelab Thai League 1 itu pada 2020, namun tertangguh disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh dunia.
Leicester City bukanlah asing buat bola sepak Thailand memandangkan kelab tersebut dimiliki oleh King Power, sebuah syarikat peruncitan antarabangsa berpangkalan di negara Gajah Perang itu yang dipengerusikan oleh Aiyawatt Srivaddhanaprabha.
Thailand juga pernah menghantar beberapa kumpulan pemain remaja dalam siri lawatan dan latihan ke Leicester bagi menimba pengalaman.
Seorang pemain muda Thailand yang berpangkalan di Eropah sejak kecil Thanawat Suengchitthawon kini sedang beraksi untuk skuad bawah 23 tahun (B-23) Leicester City dan telah beberapa kali disenaraikan bersama skuad utama, namun masih belum berpeluang untuk membuat penampilan pertamanya.
#News | 🇹🇭 Thailand National Team midfielded, Thanawat Suengchitthawon(21 year old) has registered to play for Leicester City at 2021/2022 England Premier League season. pic.twitter.com/1KZIzVDyUd
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) August 15, 2021