Malaysia memulakan aksi persahabatan sulung mereka dengan sangat cemerlang, setelah mereka berjaya mengetepikan cabaran daripada Kepulauan Solomon menerusi keputusan penuh 4-1.
Empat jaringan skuad kebangsaan terhasil menerusi Paulo Josue, Arif Aiman Hanapi, Safawi Rasid, serta pemain gantian iaitu Lee Tuck untuk menutup cabaran pelawat yang hanya meledak satu gol.
Perlawanan Seterusnya!
⚽ MALAYSIA 🇲🇾 🆚️ 🇵🇬 PAPUA NEW GUINEA
🗓 Selasa, 20 Jun 2023
🕘 9:00 malam
🏟 Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu▶️ Dapatkan tiket RM30 (Dewasa) & RM5 (Kanak-kanak) sekarang di https://t.co/p0XovUZV8D#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/hsr7uJFZtE
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 15, 2023
Tampil dengan aksi berkualiti, jelas Kim berjaya menyediakan pelan taktikal sangat ampuh untuk berdepan pelawat walaupun rata-rata pemain Malaysia memiliki fizikal lebih kecil daripada Kepulauan Solomon.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) itu, beberapa gandingan baharu telah diuji oleh Kim Pan-gon untuk melihat kualiti mampu ditampilkan para pemain di pentas antarabangsa.
Berdasarkan aksi tersebut, beberapa pemain dilihat sangat menonjol dan berjaya menjadi nadi penting untuk kekuatan semasa Malaysia ketika berdepan lawan sepanjang permainan berlangsung.
Walaupun begitu, masih ada lagi beberapa pemain yang tidak beraksi atau tersenarai bagi perlawanan semalam dan pastinya akan ada beberapa perubahan dibuat bagi aksi seterusnya.
Untuk aksi seterusnya, mungkin Kim perlu mengekalkan beberapa pemain untuk terus membuktikan kualiti mereka ketika berdepan Papua New Guinea.
Corbin Ong
Pada perlawanan sebelum ini, Corbin Ong berjaya mempamerkan aksi cukup berkesan untuk menyerap segala tekanan cuba diberikan lawan sebagai pertahanan kiri Malaysia.
Selain berdisiplin di posisi tersebut, Corbin Ong juga merupakan pemain yang sangat aktif di posisi serangan untuk membantu Faisal Halim memecah blok pertahanan Kepulauan Solomon yang cukup berdisiplin.
Kualiti dimiliki pemain tersebut pastinya terarah kepada kekuatan fizikal, cepat membaca pergerakan lawan, serta mampu mencipta hantaran lintang sangat berkualiti dalam petak penalti.
Akhyar Rashid
Walaupun dimasukkan sebagai pemain gantian, kelibat Akhyar Rashid jelas sangat memberi impak buat serangan negara yang dilihat lebih pantas dalam mencipta tekanan ke arah kubu lawan.
Nama Akhyar kini mungkin tidak begitu popular dalam persaingan liga dek kerana kerap memanaskan bangku simpanan, tetapi beliau menjadi antara tonggak yang jarang mengecewakan ketika beraksi untuk Malaysia.
Keputusan Masa Penuh
Perlawanan Antarabangsa Tier 1 | Rabu, 14 Jun 2023
MALAYSIA 🇲🇾 4-1 🇸🇧 KEPULAUAN SOLOMON
⚽️ Paulo Josue 40' Arif Aiman Hanapi 45'+2 (P) Safawi Rasid 77' Lee Tuck 90'+1
⚽️ Raphael Lea'i 11' #FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/7P3DUMtxAl— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 14, 2023
Pada aksi sebelum itu, kelincahan Akhyar menyaksikan beberapa kali kubu pertahanan pelawat menjadi kacau bilau, dan Kim wajar memberi peluang untuk pemain ini beraksi bagi perlawanan seterusnya.
Syamer Kutty Abba
Pemain tengah bertahan ini mungkin tidak begitu popular di atas padang, kerana tak banyak terlibat dalam situasi serangan buat pasukan negara.
Namun, Syamer menjadi antara pemain yang sangat penting dalam menjayakan pelan taktikal Kim selain banyak ancaman lawan di posisi tengah dineutralkan oleh pemain tersebut dengsn begitu cemerlang.
Syamer juga berjaya mencipta satu bantuan jaringan pada penghujung aksi, selepas hantaran cantik beliau tepat kepada Lee Tuck untuk meledak gol keempat Harimau Malaya.
Pastinya Kim menyedari kualiti dimiliki oleh Syamer dan pemain ini wajar terus diberi peluang sebagai nadi utama buat skuad kebangsaan di posisi tengah.