3 Pemain Malaysia B-23 Tampil Dengan Aksi Cukup ‘Lembik’ Ketika Bertemu Uzbekistan

Malaysia bawah 23 (B-23) secara rasminya memulakan kempen saingan Piala Asia B-23 dengan langkah kiri apabila mereka mencipta kekalahan sulung 0-2 di tangan Uzbekistan bagi aksi peringkat Kumpulan D.

Kekalahan itu meletakkan Malaysia di tangga terbawah Kumpulan D bersama Kuwait dan mereka tidak boleh keciciran sebarang mata lagi pada aksi seterusnya.

Tampil dengan persembahan kurang memuaskan, jelas Harimau Malaya B-23 mengundang pelbagai kecaman daripada sekelompok peminat bola sepak negara menerusi media sosial.

Walaupun persiapan sudah dibuat begitu rapi sejak awal, Malaysia seolah-olah gagal untuk menyesuaikan diri pada perlawanan menentang Uzbekistan sehingga beberapa kesilapan mudah memberi peluang buat lawan mendapatkan jaringan.

Untuk aksi pada Sabtu ini, jelas skuad kendalian Juan Torres Garrido perlu mencipta kebangkitan atau mereka akan terus tertutup peluang untuk mara ke pusingan seterusnya.

Pada saingan semalam, tiga pemain Malaysia dianggap tampil dengan aksi cukup mengecewakan sehingga tiada sebarang impak positif diberikan buat skuad kebangsaan.

Syahir Bashah

Beraksi selaku pemain tengah bertahan bersama Nooa Laine, impak diberikan oleh Syahir jelas langsung tidak dirasai sepanjang perlawanan berlangsung.

Diancam oleh tekanan-tekanan tinggi dan pantas oleh barisan tengah Uzbekistan, jelas Syahir gagal untuk menyesuaikan diri dengan cepat dalam permainan selain kerap membuat hantaran ke bahagian belakang sahaja di separuh masa pertama.

Malah, Syahir juga menjadi punca mengapa Uzbekistan mendapat peluang sepakan penalti kerana kekasaran dibuat beliau kepada lawan dikesan oleh pengadil.

Mukhairi Ajmal

Selaku perancang utama Harimau Malaya B-23, Mukhairi gagal memberikan sebarang impak terutama daripada segi kreativiti untuk membantu siri serangan pasukan kebangsaan.

Malah, beliau seolah tidak wujud di atas padang semalam selepas pasukan lawan begitu mudah mengeksploitasi kawasan tengah dan menyebabkan rantaian serangan negara terputus begitu sahaja.

Persefahaman antara beliau bersama Nooa dan Syahir juga sangat kurang seolah mereka tidak tahu ke arah mana bola perlu dihantar dan apa perancangan wajar dibuat ketika mendapat ruang menyerang.

Fergus Tierney

Diletakkan selaku penyerang utama, Tierney gagal untuk memberikan sebarang ancaman berbahaya buat pertahanan lawan sepanjang tempoh perlawanan berlangsung.

Walaupun memiliki susuk fizikal yang besar, ia gagal digunakan dengan baik oleh penyerang tersebut untuk cuba mengatasi barisan pertahanan Uzbekistan bagi memenangi bola.

Malah, tiada sebarang impak langsung ditinggalkan Tierney walaupun untuk cuba berada di kedudukan lebih baik bagi menerima sebarang umpanan daripada rakan sepasukan lain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN