Kenapa Ifedayo Dijangka Bakal ‘Meletup’ Musim Ini Bersama PDRM?

PDRM secara rasminya telah pun menandatangani pemain import baharu mereka untuk musim ini dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) dengan Ifedayo Olusegun telah pun diperkenalkan sebentar tadi.

“Selamat datang Ifedayo, kami teruja untuk mengumumkan ketibaan Ifedayo bersama PDRM! Penyerang berusia 33 tahun ini tidak perlu diperkenalkan lebih lanjut buat bola sepak Malaysia. Selamat datang Ifedayo,” jelas PDRM di media sosial mereka.

Nama Ifedayo bukan lagi suatu yang asing dalam dunia bola sepak tempatan, apabila penyerang kelahiran Nigeria itu sudah pun membuktikan kewibawaan beliau di hadapan gol selama dua musim bersama Selangor suatu ketika.

Malah, pemain tersebut juga memulakan karier beliau sebelum itu bersama Felda United pada tahun 2017 sebelum mengembangkan karier di Malaysia untuk mewakili Melaka United, Selangor, serta Kedah Darul Aman.

Sepanjang menabur bakti di Malaysia, Ifedayo sudah pun beraksi sebanyak 78 perlawanan untuk saingan Liga Super dan merekodkan 74 gol bersama 12 bantuan jaringan bersama kelab berbeza.

Walaupun ada mempertikaikan usia beliau yang semakin meningkat, Ifedayo tidak menjadikan ianya sebagai penghalang apabila penyerang itu membuktikannya bersama Kedah pada tahun lalu bagi aksi Liga M.

Penyerang berbisa itu merekodkan 13 penampilan tahun lalu bersama Kedah dan hanya memerlukan setengah musim sahaja buat dirinya meledak 12 gol bersama satu bantuan jaringan.

Maka tidak hairan mengapa PDRM memilih penyerang tersebut untuk dijadikan sebagai antara sandaran utama mereka pada saingan Liga M musim ini.

Peluang buat Ifedayo terus menyerlah juga sangat terbuka, kerana beliau sudah pun terbiasa dengan persekitaran Liga M dan dikelilingi pemain berkualiti untuk memastikan dirinya terus kekal berbisa di hadapan gawang gol.

Kelebihan Ifedayo daripada segi sentuhan berbisa serta lincah di hadapan gol pastinya akan digunakan sebaik mungkin oleh The Cops untuk memastikan mereka terus tampil dengan elemen kejutan seperti tahun lalu bawah kendalian P. Maniam.

Sehingga kini, PDRM sah menandatangani tiga pemain import baharu iaitu Faith Obilor di posisi pertahanan tengah, serta Chidi Osuchukwu selain khidmat Ifedayo.

Mereka turut mengekalkan tiga pemain import berkualiti pada musim lalu iaitu Fadi Awad, Kyaw Min Oo, serta penyerang lincah pasukan tersebut, Bruno Suzuki.

Untuk slot tempatan, Shahrel Fikri antara nama pemain paling mencuri tumpuan dan dijangka bakal digandingkan bersama Ifedayo untuk membentuk rangkaian serangan berbisa musim 2024/2025.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN