Sekalipun Arsenal berdepan dengan prestasi yang agak membimbangkan pada musim ini, pengurus Arsenal Mikel Arteta menegaskan prioritinya menjelang tempoh perpindahan musim sejuk ini adalah ‘menyingkirkan’ beberapa pemain.
Pada awal musim ini kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu telah pun menjual penjaga gol Emiliano Martinez kepada Aston Villa dan melepaskan Henrikh Mkhitaryan kepada AS Roma secara percuma.
Empat pemain pula telah dipinjamkan iaitu Matteo Guendouzi (Hertha Berlin), Konstantinos Mavropanos (Stuttgart), Lucas Torreira (Atletico Madrid) dan Dejan Iliev (Shrewsbury).
Berikut adalah tiga pemain yang mungkin akan meninggalkan Stadium Emirates pada Januari ini sama ada dijual atau pun dipinjamkan.
Mesut Ozil
Pemain tengah Jerman ini jelas tiada lagi dalam perancangan Arteta kerana telah ‘dibekukan’ sejak Mac dan namanya tidak disenaraikan dalam skuad EPL dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini.
Dalam perkembangan terbaru, Ozil yang akan tamat kontrak bersama Arsenal pada Jun akan datang dilaporkan telah dirisik oleh Fenerbahce. Ia diakui sendiri oleh sumber dalaman kelab Turki tersebut pada awal Disember lalu.
Peluang Untuk Kembali 'Bernyawa', Fenerbahce Usaha Dapatkan Ozil Januari Ini https://t.co/x5hhfVfAky pic.twitter.com/8mzcIBiyLs
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 8, 2020
Ozil sememangnya mempunyai ikatan yang kuat dengan Turki memandangkan keluarga adalah imigran daripada negara tersebut dan beliau juga mempunyai hubungan yang baik dengan Presiden, Recep Tayyip Erdogan.
Shkodran Mustafi
Bukan kali pertama pemain pertahanan Jerman berkenaan dikaitkan dengan perpindahan keluar dari kelab utara London ini. Bekas pengurus Arsenal, Unai Emery sendiri pernah secara terbuka pernah ‘menghalaunya’.
Namun pada musim lepas selepas Arteta mengambil alih pasukan, beliau telah diberikan lebih banyak minit permainan dengan digandingkan bersama David Luiz.
Martin Keown Kurang Senang Dengan Kualiti David Luiz & Mustafi https://t.co/AokC7sdAa2 pic.twitter.com/LsCcNGV9EO
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) May 30, 2020
Namun musim ini ketibaan Gabriel Magalhaes dari Nice dan peningkatan prestasi beberapa pemain pertahanan muda seperti Rob Holding dan Calum Chambers menjadikan beliau bukan lagi pilihan untuk diturunkan dalam kesebelasan utama.
Sead Kolasinac
Pemain pertahanan kiri Bosnia ini dikatakan sudah pun bersetuju untuk kembali ke Jerman untuk menyertai bekas pasukannya Schalke secara pinjaman sehingga penghujung musim ini.
Ia bagi membantu kelab tersebut daripada tersingkir dari Bundesliga selepas bergelut dengan menghuni dasar liga selepas 13 perlawanan tanpa sebarang kemenangan.
If Kolašinac is taking a wage cut in order to join Schalke so that he can secure regular football then hats off to him. Hopefully it’s the start of a much needed clear-out.
Wishing you all the best on your new adventure, @seadk6. pic.twitter.com/stFBsYjPjU
— Patrick Timmons (@PatrickTimmons1) December 31, 2020
Kolasinac yang menyertai Arsenal secara percuma pada 2017 telah membuat 78 penampilan, namun beliau kini merupakan pilihan ketiga di belakang Kieran Tierney dan Bukayo Saka dan hanya diturunkan dalam satu perlawanan EPL sahaja.
Sebelum ini Arteta telah pun mendedahkan beliau telah merancang untuk mendapatkan pemain baharu pada Januari ini dalam usaha memperbaiki kelemahan ketara dihadapi skuad The Gunners.
Jadi siapakah agaknya pemain yang akan dibawa masuk?
Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Arsenal:
2 Pemain Yang Perlu Arteta Beli Januari Ini Untuk Pulihkan Arsenal