3 Lelaki Ini Dipenjara Kerana Membekalkan Penstriman EPL Haram

EPL mengesahkan bahawa 3 lelaki yang menjadi operator kepada pestriman langsung secara haram telah dikenakan tindakan undang-undang. Ketiga-tiga mereka dikenakan pertuduhan melakukan konspirasi untuk penipuan mendapatkan wang.

Mereka dikenakan hukuman penjara di antara 3 sehingga 7 tahun dengan jumlah terkumpul hukuman penjara melibatkan 3 individu itu adalah 17 tahun.

Steven King dipenjara paling lama iaitu selama 7 tahun 4 bulan kerana dipercayai menjadi dalang utama. Paul Rolston dipenjara 6 tahun 4 bulan. Manakala Daniel Malone dipenjara selama 3 tahun 3 bulan.

Ini merupakan hukuman penjara paling berat yang pernah diterima oleh pesalah yang melakukan kesalahan penstriman perlawanan EPL secara haram.

Mereka bertiga telah mendapatkan keuntungan dengan menjual siaran langsung EPL secara haram dengan nama Dreambox (unincorporated), Dreambox TV Limited, dan Digital Switchover Limited, menerusi laman dreamboxtv.co.uk dan juga yourfootie.com.

Siaran langsung secara haram ini telah diikuti di lebih 1,000 pub dan juga isi rumah di England dan Wales. Mereka menjana keuntungan lebih £5 juta daripadanya.

Ini bukanlah kali pertama pembekal siaran strim haram ini dipenjara. Pada 2016, Terry O’Reilly disumbat ke penjara selama 4 tahun atas kesalahan yang sama melibatkan 20 siaran.

Hakim menganggap kesalahan ini sebagai tidak jujur. Penyiar haram ini juga didapati menutup logo penyiar sah.

Pengarah Khidmat Perundangan EPL, Kevin Plumb berkata: “Keputusan mahkamah pada hari ini membuktikan bahawa undang-undang akan mengejar individu dan syarikat yang melanggar hak cipta. Ini juga satu kenyataan yang serius dalam memberikan refleksi ke atas jenayah seperti ini.”

“Menggunakan perkhidmatan ini adalah satu kesalahan dan para peminat pun harus sedar bahawa mereka juga terlibat dalam perjanjian perniagaan haram ini. Mereka juga merisikokan diri untuk menjadi mangsa penipuan dengan menyerahkan data peribadi serta maklumat kewangan kepada pihak tidak bertanggungjawab.”

Kevin juga memberikan amaran kepada pihak penstriman haram yang lain bahawa kini EPL semakin cekap dalam menjejak mereka dengan teknologi yang ada.

Pihak EPL juga memberikan amaran kepada pelanggan strim haram ini, dan meminta mereka menghentikannya segera sebelum ditangkap.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN