Hazard: “Zinedine Zidane Adalah Idola Saya, Sebab Kenapa Saya Bermain Bola Sepak”

Eden Hazard terus memberikan bayangan bahawa beliau sememangnya mempertimbangkan mahu ke Real Madrid.

Terbaru, dalam temuramah dengan Radio Télévision Belge Francophone (RTBF) – siaran berbahasa Perancis – beliau menyatakan Zinedine Zidane menjadi pengaruh terbesar di dalam kerjaya bola sepak beliau.

Real Madrid serius dalam usaha mendapatkan Eden Hazard dalam projek terbaru yang akan diketuai oleh Zinedine Zidane yang pulang semula ke Real Madrid.

Hazard ditanya, siapakah yang lebih baik, Zidane ataupun Roberto Martinez. Hazard berkata: “Sebagai seorang pemain, sudah pastinya Zidane tiada tandingan. Saya sangat menghormati Zidane, beliau adalah idola saya.”

“Saya harus berterima kasih kepada Zidane kerana saya mulai bermain bola sepak selepas melihat aksi beliau.”

“Namun dari segi pencapaian yang kami capai bersama untuk negara, saya akan pilih Martinez.”

SAINT PETERSBURG, RUSSIA – JULY 14: Thomas Vermaelen, Dedryck Boyata, Marouane Fellaini, Thibaut Courtois and Axel Witsel of Belgium celebrate victory following the 2018 FIFA World Cup Russia 3rd Place Playoff match between Belgium and England at Saint Petersburg Stadium on July 14, 2018 in Saint Petersburg, Russia. (Photo by Clive Rose/Getty Images)

Hazard berkongsi cerita bagaimana cabaran beliau untuk menjadi pemain bola sepak dengan kondisi fizikal beliau yang dikatakan semakin sensitif dengan bentesan lawan.

“Ketika saya di Lille, pada usia 18 atau 19 tahun, saya tidak terasa sangat disepak banyak kali oleh lawan. Namun selepas bermain lebih 500 perlawanan, saya mulai terasa kesakitan kerana dikasari berkali-kali. Kesan itu saya rasa di buku lali dan lutut.”

Hazard kemudian menyatakan beliau bukanlah seorang yang suka mengamuk jika kalah. Ini kerana Hazard lebih suka untuk tenang-tenang sahaja.

“Saya bukanlah seorang yang suka mengamuk apabila tidak mendapat keputusan yang baik. Dah tentunya saya tak gembira kalau kalah. Namun anda harus tahu, anda tidak senantiasa menang.”

Ditanya di antara Messi atau Ronaldo. Hazard enggan membandingkan kedua-dua pemain dan beliau memilih kedua-duanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN