3 Kelab Liga Super Antara Yang Masih Gagal Lengkapkan Permohonan Pelesenan

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dijangka akan mengumumkan keputusan pelesenan kelab untuk musim 2020 pada hari ini.

Dengan saban hari laporan masalah pembayaran gaji pemain gagal dilunaskan oleh kelab dan persatuan masing-masing menghiasai laporan media-media tempatan, timbul persoalan sejauh manakah kesan penguatkuasaan pelesenan terhadap pasukan-pasukan yang bersaing di Liga Malaysia pada musim ini.

Antara kriteria yang perlu dipenuhi oleh setiap kelab sebelum melakukan permohonan masing-masing ialah kesukanan, infrastruktur, pentadbiran kakitangan, perundangan, kewangan dan perniagaan.

Tarikh tutup untuk semua pasukan Liga Malaysia melengkapkan permohonan masing-masing sepatutnya adalah pada 31 Ogos yang lalu.

Kelab Liga Super antara yang gagal?

Menurut sumber kepada Harian Metro, sekurang-kurangnya tiga kelab Liga Super adalah antara empat pasukan yang masih gagal menghantar permohonan lengkap untuk permohonanan lesen kebangsaan dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk saingan pada musim hadapan.

Satu lagi kelab pula adalah dari Liga Premier. Antara pasukan yang masih gagal melengkapkan permohonan kini sedang beraksi di saingan suku akhir Piala Malaysia.

INFOGRAFIK : Kami paparkan penerangan tentang apakah itu pelesenan kelab serta faedahnya untuk kefahaman para penyokong…

Posted by Semuanya BOLA on Tuesday, November 28, 2017

Tanpa mendedahkan kelab dan persatuan mana, sumber tersebut mendedahkan masih terdapat pasukan yang gagal menghantar dokumen yang diperlukan walaupun sudah berada di penghujung September.

Pada musim lalu 11 daripada 12 pasukan Liga Super lulus untuk mendapatkan lesen kebangsaan masing-masing untuk meneruskan saingan di divisyen teratas bola sepak negara.

Situasi pada musim ini seperti menjadi semakin parah apabila terdapat pasukan yang dianggap ‘gergasi’ turut dipalit dengan isu sama.

Bakal berhadapan denda berat?

Kelab dan persatuan yang gagal melengkapkan permohonan masing-masing boleh didenda sehingga RM1.5 juta dan juga pemotongan mata.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam yang dihubungo oleh Harian Metro turut mengesahkan terdapat pasukan yang masih gagal melengkapkan permohonan masing-masing.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN