3 Kejohanan Besar Bakal Menanti Skuad B-23 Negara Pada 2022

Skuad B-23 Negara

Tahun 2022 bakal menjadi sebuah tahun yang cukup mencabar buat skuad B-23 tahun apabila mereka bakal menghadapi tiga kejohanan penting.

Menurut Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusoff Mahadi, tiga kejohanan tersebut yang bakal disertai mereka adalah dua temasya sukan dan satu kejohanan peringkat benua.

Kejohanan-kejohanan tersebut adalah Sukan SEA Vietnam, Sukan Asia Hangzhou dan Piala Asia B-23.

“Pasukan B-23 negara akan sibuk sikit tahun depan kerana mereka terlibat pada dengan Sukan SEA dan juga Sukan Asia,” ujar Yusoff di Wisma FAM.

Apa yang dikatakan oleh Yusoff itu benar-benar mencerminkan padatnya jadual yang bakal diharungi oleh skuad remaja negara.

Hal ini kerana tugasan pertama yang bakal diharungi adalah Sukan SEA di Vietnam yang bakal diadakan pada bulan Mei.

Ia kemudiannya disusuli dengan saingan Piala Asia B-23 yang akan diadakan di Uzbekistan sebulan selepas temasya dwitahunan tersebut diadakan.

Selepas bulan Jun, tugasan terakhir skuad kendalian Brad Maloney adalah temasya Sukan Asia Hangzhou yang bakal diadakan pada bulan September.

Bercakap mengenai Maloney, pihak FAM masih lagi dalam proses untuk menyambung kontrak beliau selepas mencapai sasaran yang ditetapkan.

Di mata FAM, Maloney sememangnya berjaya mencapai sasaran selepas membawa Malaysia ke Piala Asia B-23 tahun hadapan.

Apa yang tertinggal adalah sesi duduk semeja antara FAM dan Maloney mengenai penyambungan kontrak dan ianya akan dilakukan selepas jurulatih itu selesai menjalani tempoh kuarantin.

Malaysia layak ke saingan Piala Asia B-23 dengan berjaya apabila mencatatkan dua kemenangan dan satu seri serta tiga nirbolos.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN