3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Sekarang ni, ramai dah yang mula layan Liga Malaysia (Liga M) secara serius. Ada yang layan kerana kelab yang mereka sokong. Ada yang layan sebab ada pemain kegemaran. Tak kurang juga ada yang layan disebabkan hype yang dibawa oleh liga kita.

Hype menonton Liga M sentiasa ada. Tetapi macam mana kita nak jadikan pengalaman menonton itu lebih menarik?

Kini mujur ada pelbagai cara yang boleh kita gunakan supaya sesi menyaksikan aksi tempatan menjadi lagi menarik.

Jom kita tengok tiga cara yang boleh anda semua gunakan untuk pastikan sesi menonton Liga Malaysia lebih tenang dan menghiburkan!

Liga Malaysia

1. Tonton sendirian di rumah

Ini adalah cara yang paling tenang nak tengok bola. Tengok sendiri di rumah tanpa ada sesiapa di sisi.

Cara ini adalah sesuai kalau anda rasa tak nak diganggu oleh sesiapa sahaja. Hanya anda dan siaran langsung Liga M sahaja. (Mungkin bersama-sama dengan kucing kalau ada bela)

Bila menonton sendirian, bolehlah fokus sepenuhnya dengan aksi di padang. Tapi cara ini ada kurangnya juga, kalau perlawanan yang dilangsungkan itu agak perlahan temponya, mahu boleh tertidur depan televisyen!

2. Layan di kedai mamak dengan kawan-kawan

Bagi yang lebih suka tengok bola dengan teman-teman, menonton bersama-sama di kedai mamak pastinya adalah pilihan terbaik.

Dengan suasana meriah lagi havoc, ditambah pula dengan makanan dan minuman yang dipesan pastinya akan menjadikan sesi menonton perlawanan bola sepak semakin menarik.

sooka mamak

Tambah pula tengok dengan kawan-kawan, pasti akan ada sesi membahan atau banter, kalau pasukan yang disokong kalah masa tu, siaplah kena berbakul-bakul dengan mereka!

Tengok bola di kedai mamak ni seronok, sampailah satu masa tiba-tiba siaran ditukar ke saluran lain. Masa tu geram je dan tak boleh buat apa dah sebab anney kedai mamak yang berkuasa atas alat kawalan jauh televisyen.

Jadi apa nak buat bagi atasi masalah ini?

3. Gunakan sooka untuk ‘upgrade’ sesi tengok bola anda

Tahukah anda? Sebenarnya pengalaman menonton Liga M boleh dinaiktaraf dengan hanya mendapatkan sooka serendah RM1.15 sahaja sehari?

Dengan pek VIP+Sports yang bernilai RM34.90 sebulan, anda boleh saksikan siaran langsung Liga M tanpa sebarang masalah, dimana-mana sahaja anda mahukan.

Apa yang menarik, anda bukan sahaja boleh tengok Liga M dan pelbagai aksi-aksi sukan menarik secara langsung, tetapi rancangan-rancangan hiburan juga boleh disaksikan secara terus dari peranti pintar anda.

Haa kalau anda jenis yang suka tengok bola sendirian dan sentiasa on-the-go, pek VIP+Sports ni memang cun sangat. Tapi kalau nak tengok ramai-ramai macam mana pula?

Jangan risau, kalau nak tengok bersama kawan-kawan, pek VIP TV ada pada kadar RM62.90 sebulan. Dengan pek ini, anda boleh saksikan aksi Liga M di televisyen serta semua aksi sukan dan hiburan di mana sahaja.

Apa yang menarik, kedua-dua pek ini membolehkan anda layan semua 244 perlawanan Liga M tanpa perlu mengikat kontrak. Jadi, taklah rasa terbebankan bila langgan pek dari sooka ni?

Untuk menghidupkan semangat #DemiLigaKita, sooka turut memperkenalkan dua lagi pek untuk membolehkan anda layan #BolaIkutsooka.

Dua pek tersebut adalah pek sooka Liga Malaysia Pass dan sooka Pas Perlawanan.

Bagi meraikan kehadiran pek ini, sooka telah mengajak selebriti-selebriti terkenal tanah air seperti Nadhir Nasar, Mierul Aiman dan Amir Ahnaf tau. Mereka siap membintangi video promosi sooka untuk Liga Malaysia kali ini.

Nampak bergaya sungguh mereka dalam video tersebut siap gayakan jersi pasukan-pasukan Liga M lagi. Kerlasss kau bang!!

Tak nak tengok semua perlawanan? Nak layan pasukan kegemaran anda je? Semua ni sooka boleh setelkan untuk anda!

sooka juga memperkenalkan Pas Perlawanan serendah RM4.90 sahaja untuk satu aksi. Dengan ini, anda boleh saksikan perlawanan pasukan kegemaran anda secara pay-per-view menerusi peranti pintar tanpa perlu mengikat kontrak.

Pek ini sesuai untuk anda yang hanya ingin tengok sesetengah perlawanan sahaja melibatkan pasukan kegemaran. Jadi, siapa cakap sooka tak payung cara nak upgrade pengalaman tengok Liga M anda?

Info lanjut boleh dan langganan boleh didapati dengan klik pautan di sini.



Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN