Tiga pemain muda kebangsaan Indonesia iaitu Marselino Ferdinan, Ronaldo Kwateh, serta Elkan Baggott antara yang tampil dengan kurang memberansangkan ketika ini bersama kelab masing-masing di Eropah.
Untuk rekod, Indonesia antara negara di Asia Tenggara yang sangat aktif dalam melahirkan ramai pemain muda berbakat untuk dipasarkan ke luar negara termasuk benua Eropah.
Malah ketika ini Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) juga serius dalam membangunkan bakat muda selain turut menghantar pemantau pemain warisan di luar negara untuk memperkasakan pasukan.
KMSK Deinze Kalahkan RFC Liege, Marselino Ferdinan Hiasi Bangku Cadangan Lagihttps://t.co/L3p9TawsY6
— ZONABANTEN.com (@zonabanten) September 3, 2023
Walaupun begitu, tidak semua pemain yang sebelum ini dianggap sebagai ‘wonderkid’ Indonesia berjaya mengembangkan karier mereka di luar negara dengan rekod sebelum itu telah menjadi bukti.
Witan Sulaeman dan Egy Maulana Vikri antara yang dicanang sebelum ini bakal menjadi antara pemain berjaya di luar negara sebelum kini masing-masing pulang menabur bakti bersama pasukan tempatan.
Terbaharu, tiga pemain muda Indonesia dilihat masih lagi mengalami kesukaran mereka pada awal musim ini di Eropah selepas masing-masing belum mendapat ruang untuk beraksi dalam perlawanan kompetitif.
Marselino Ferdinan
Tampil dengan sangat menyerlah bersama skuad kebangsaan Indonesia di pentas antarabangsa menjadikan beliau sebagai antara bintang muda yang membawa sinar baharu buat bola sepak Sang Garuda.
Musim lalu menjadi sesuatu yang sangat hebat buat bintang muda ini sehingga nama Ferdinan berada dalam radar beberapa kelab berpangkalan di luar negara sebelum beliau menyarung jersi buat KMSK Deinze dalam saingan divisyen kedua, Belgium.
Namun, sehingga empat perlawanan liga berlangsung Ferdinan hanya memanaskan bangku simpanan sahaja dan masih menanti peluang beraksi.
Elkan Baggott
Beraksi dalam saingan Championship di England bersama Ipswich Town, Baggott jelas menghadapi kesukaran untuk bersaing bersama rakan sepasukan lain bagi merebut tempat kesebelasan utama.
Elkan Baggott (20 tahun) saat laga Carabao Cup antara Reading vs Ipswich Town:
• 90 menit bermain
• 120 sentuhan
• 1 peluang emas diciptakan
• 86 operan sukses (terbanyak)
• 24 operan ke final third (terbanyak)
• 4/5 menang duel darat
• 9/11 menang duel udara
• 1x shoot… pic.twitter.com/yXVmoya3CU— FaktaBola (@FaktaSepakbola) August 30, 2023
Malah, Baggott juga langsung tidak diberi peluang beraksi walaupun saingan liga sudah pun berlangsung sebanyak lima perlawanan setakat ini.
Namun, pemain muda tinggi lampai itu mendapat ruang untuk membuktikan sesuatu dalam saingan Carabao Cup dengan dua kali diletakkan dalam senarai kesebelasan utama.
Ronaldo Kwateh
Penyerang muda berbisa ini pernah tampil dengan reputasi cukup baik bersama skuad kebangsaan Indonesia dalam beberapa perlawanan antarabangsa.
Malah, Ronaldo juga menjadi salah satu bintang yang dijangka akan menyerlah bersama skuad senior setelah tampil konsisten bersama skuad pembangunan sebelum itu.
Namun sehingga kini, pemain tersebut masih belum diberi ruang walau sekali untuk beraksi bersama pasukan baharunya di Turkiye iaitu Bodrumspor selepas hanya sekali sahaja didaftarkan di bangku simpanan.
🇮🇩 Indonesia are a team on the rise.
– Qualified top of group for U20 Asia Cup
– Impressed in an U20 tournament in Spain back in November
– Exciting talent like Marselino Ferdinan and Ronaldo Kwateh moving to EuropeOne to watch at the upcoming U20 Asia Cup. 👀 pic.twitter.com/u3EnJWStZX
— Bence Bocsák (@BenBocsak) February 27, 2023
Selebihnya, pemain ini langsung tidak disenaraikan bersama skuad senior dan beliau mungkin perlu memikirkan kembali masa hadapannya untuk menyertai pasukan baharu pada masa akan datang.