29 Pemain Dipanggil Ke Latihan Pusat Skuad Malaysia B-19 Hadapi Piala Sanix 2019

Ketua jurulatih skuad bawah 19 tahun kebangsaan (B-19), Bojan Hodak telah menyenaraikan 29 pemain untuk sesi latihan dan pemilihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula Jumaat ini, 1 Mac 2019.

Kem latihan pusat tersebut diadakan sebagai persiapan dan persediaan awal menghadapi Kejohanan Sanix Cup 2019 di Fukuoka, Jepun yang dijadualkan berlangsung pada 11 hingga 21 Mac 2019.

Senarai pemain yang dipanggil. FOTO: FAM

Daripada 29 pemain ini, 7 pemain merupakan produk daripada Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) dan mewakili skuad Malaysia B-16 dalam saingan AFC B-16 tahun lepas. Salah seorang daripadanya merupakan penjaring terbanyak kejohanan AFC B-16, Luqman Hakim.

Bojan Hodak melalui kenyataannya dalam Stadium Astro, mengakui kelebihan fizikal pemain yang mempunyai bentuk badan yang lebih besar merupakan faktor utama pemilihan pemain dalam skuad ini.

Hal ini kerana beliau tidak mahu skuadnya sukar bersaing dengan pasukan gergasi Asia ekoran masalah fizikal.

Bagaimanapun, ada kelegaan buat Hodak apabila pilihan pemain yang merupakan separuh daripada NFDP memiliki teknik permainan lebih baik di atas padang.

Ketua jurulatih Malaysia B-19, Bojan Hodak dibantu oleh Hairuddin Omar. FOTO: FAM

“Masalah utama adalah skuad B-19 dibarisi pemain-pemain baru dan keserasian harus dicapai secepat mungkin. Mereka adalah pemain yang berkualiti tetapi masih lagi kurang pengalaman beraksi di pentas antarabangsa.

“Kami memerlukan perlawanan yang sukar bagi mengenal pasti pemain-pemain yang terbaik dalam taktikal ditetapkan,” jelasnya.

Skuad Malaysia B-19 akan berlatih selama sepuluh (10) hari di Wisma FAM, Kelana Jaya. 22 pemain terbaik yang terpilih kemudian berlepas ke Jepun pada 10 Mac 2019.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN