29 November Adalah Hari Ulangtahun FC Barcelona

On 29 November 1899, seorang usahawan berbangsa Swiss, Joan Gamper telah menubuhkan kelab bola sepak Barcelona. Pada awal penubuhannya, Barcelona hanyalah kelab kecil dan tidak terkenal.

Beliau bertemu dengan 11 orang rakannya di pejabat dan mencetuskan penubuhan kelab itu. Mereka ialah Gualteri Wild, Lluis d’Osso, Bartomeu Terrados, Otto Kunzle, Otto Maier, Enric Ducal, Pere Cabot, Carles Pujol, Josep Llobet, John Parsons, dan William Parsons.

John Gamper sendiri pastinya tidak akan menyangka Barcelona akan menjadi kelab yang sebesar ia pada hari ini. Menjadikan Barcelona lebih daripada sekadar sebuah kelab ataupun Més que un club.

Pada hari ini Barcelona telah menjadi simbol kepada budaya, masyarakat dan juga politi di Catalonia. Tanpa kelab seperti Barcelona, mungkin tidak siapa kisah tentang rungutan orang Catalonia yang mahu merdeka dari Sepanyol.

Kelab yang telah memperjuangkan hak demokrasi di mata dunia, kebebasan bersuara dan kesejagatan. Mereka adalah kelab yang menyumbang jutaan dollar setahun kepada badan kebajikan UNICEF.

Mereka pernah meletakkan nama UNICEF di hadapan jersi mereka sedangkan ketika itu mereka boleh menjual depan jersi itu dengan tambahan jutaan dollar kepada penaja lain berbanding dengan perjanjian mereka dengan UNICEF.

Jatuh bangun Barcelona

Seperti kelab lain di dunia, FC Barcelona ada turun naik dalam sejarah kelab mereka. Usaha mereka untuk mengatasi diskriminasi oleh Kerajaan Sepanyol terutama sekali pada era Franco sangat mengagumkan.

Mereka membentuk sebuah pasukan yang menjadi pusat kepada bahasa, budaya dan bendera masyarakat Catalonia. Pada era diktator Franco, masyarakat Catalonia dilarang mengibarkan bendera mereka sendiri, dilarang mengamalkan budaya dan pertuturan mereka.

Maka, di kelab sosial FC Barcelona adalah satu-satunya wadah terbaik mereka berbuat begitu. Mereka mengibarkan bendera Catalonia, berwarna merah kuning dalam setiap perlawanan. Bersorak dengan dialek Catalonia dan sebagainya.

Protesters wave pro-independence Catalan Estelada flags during a demonstration in Barcelona on October 21, 2017 in support of two leaders of Catalan separatist groups, Jordi Sanchez and Jordi Cuixart, who have been detained pending an investigation into sedition charges.
Spain announced that it will move to dismiss Catalonia’s separatist government and call fresh elections in the semi-autonomous region in a bid to stop its leaders from declaring independence. / AFP PHOTO / PAU BARRENA (Photo credit should read PAU BARRENA/AFP/Getty Images)

Sebelum bermain di Camp Nou, Barcelona bermain di stadium kecil bernama Les Corts dari tahun 1899-1922.

Projek pembinaan stadium Camp Nou mengambil masa 10 tahun lamanya kerana kerajaan Sepanyol tidak mahu membantu mereka seperti mana mereka membantu Real Madrid membina Santiago Bernabeu dalam masa 3 tahun sahaja.

Pada 1936, Presiden kelab mereka, Josep Sunyol dibunuh oleh tentera fahaman fasis yang mendokong idea Franco. Franco adalah peminat setia Real Madrid. Itulah sebab Real Madrid diberikan nama Real yang merujuk kepada Royal ataupun diraja.

Pemain-pemain Barcelona pernah diugut sebanyak 2 kali untuk kalah dalam perlawanan menentang Real Madrid. 2 perlawanan itu Barcelona kalah 11-0. Salah satu daripadanya adalah perlawanan final Copa Espana.

Penjaga gol mereka pernah digantung seumur hidup kerana mengatur perlawanan. Sedangkan beliau terpaksa melepaskan gol itu daripada melihat nyawa mereka ataupun keluarga mereka melayang di hujung senapang tentera fasis.

Sebuah pusat sosial kelab FC Barcelona pernah dibom dan menyebabkan ramai terkorban.

Selepas tamat perang sivil di Sepanyol, keadaan menjadi lebih baik. Namun sentimen mahu melepaskan diri daripada cengkaman penjajah Sepanyol masih menebal dalam jiwa masyarakat Catalonia.

Era Cruyff

Banyak kejaayaan yang mereka capai selepas itu terutama sekali selepas era 1970-an. Mereka menang UEFA Winners Cup pada 1979. Era Johan Cruyff adalah era kegemilangan Barcelona.

Cruyff bersara sebagai legenda Barcelona dan kemudian kembali sebagai pengurus. Ideologi beliau menjadi tunjang kepada falsafah taktikal Barcelona sehingga ke hari ini.

Cruyff membantu Barcelona menjuarai Piala Eropah 1992 dengan pasukan yang dianggap pasukan impian Barcelona ketika itu.

Era moden

Mereka kemudian tidak menoleh ke belakang lagi dan mencipta kejayaan demi kejayaan. Menjelang tahun 2015, mereka sudah memiliki 2 treble ‘besar’ dalam sejarah kelab mereka. Menjadi satu-satunya kelab menjuari 6 piala setahun (sextuplet).

Era Pep Guardiola 2008-2009 dianggap antara yang terbaik di dalam sejarah kelab mereka meskipun dalam masa yang singkat. Pencapaian dan identiti permainan bola sepak yang berasaskan model Cruyff untuk membentuk tiki taka.

Guardiola dan Barcelona mencipta rekod baru kelab dengan menjuarai Liga 2009/2010 dengan 99 mata.

Setakat tarikh artikel ini ditulis, mereka kini sudah memiliki 5 UCL yang mereka menangi di Wembley (1992), Paris (2006), Roma (2009), Wembley (2011) dan Berlín (2015). 2 Piala Dunia Antara Kelab di Abu Dhabi (2009) dan Yokohama (2011).

European Super Cup / UEFA Super Cup Winners – 1992, 1997, 2009, 2011, 2015

European Cup Winners’ Cup / UEFA Cup Winners’ Cup Winners – 1978–79, 1981–82, 1988–89, 1996–97

Inter-Cities Fairs Cup Winners – 1955–58, 1958–60, 1965–66

Di peringkat domestik, mereka sudah menjuarai 24 La Liga, 29 Copa Del Rey, Supercoppa sebanyak 12 kali.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN