£250 Juta Untuk Kane

Tottenham Hotspur tidak menutup pintu kepada mana-mana pasukan yang mahukan kapten kebangsaan England, Harry Kane.

Dan kelab tersebut meletakkan tanda harga £250 juta untuk penyerang sensasi mereka. Kane merupakan nadi penting Spurs, dan membantu pasukan itu mara ke final UCL, pertama kalinya, pada musim lalu.

Kane, sudah menjaringkan 169 gol untuk Spurs dalam semua pertandingan, sejak melakukan debut.

Baru-baru ini Kane menegaskan beliau tidak menolak kemungkinan untuk pergi ke tempat lain bagi mendapatkan trofi pertama dalam karier beliau.

Kenyataan Kane tersebut dilaporkan telah membuatkan Daniel Levy tak senang duduk dan terus meletakkan tanda harga yang dirasakan agak tinggi.

Ini kerana, Kane telah menjadi perhatian pasukan-pasukan seperti Real Madrid dan Barcelona. Kane sudah beberapa musim membuktikan bahawa beliau merupakan pejaring 20 gol ke atas semusim – yang konsisten.

Musim ini Spurs masih mencari tempo dalam kempen mereka. Di mana, Spurs hanya menang 2 perlawanan liga musim ini, setakat ini. Ianya jelas bukan permulaan yang diidamkan oleh Spurs yang dibimbing oleh Mauricio Pochettino.

Lebih teruk Spurs disingkirkan oleh Colchester menerusi penentuan sepakan penalti. Gagal menang ke atas Leicester, Olympiakos dan Arsenal walaupun sudah mendahului.

Jika ada pasukan sanggup membayar Kane £250 juta, beliau akan mengatasi harga Neymar lebih £50 juta, sekaligus menjadi pemain termahal dalam sejarah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN