21 Pemain AMD Dalam Senarai Skuad Malaysia Ke Kejohanan AFF Bawah-16 Di Thailand

21 daripada 23 senarai penuh pemain yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk kejohanan AFF Bawah-16 yang akan berlangsung di Chonburi, Thailand mulai hujung minggu ini adalah produk Akademi Bola Sepak Negara.

Dua pemain lagi yang turut mendapat panggilan ialah Muhammad Harry Danish dari Sekolah Sukan Tunku Ismail, dan juta Radzilah Helmi Roizat dari SMK Ibrahim Fikri, Kuala Terengganu.

Kedua-dua pemain mendapat panggilan saat akhir oleh pengendali pasukan, P. Maniam selepas kecederaan yang dihadapi oleh Irfan Shakimi Shahrizal (JDT Bawah-15) dan pemain AMD Bawah-15, Raja Muhammad Haikarl Raja Mohammad Zahari ketika menyertai kejohanan jemputan di China baru-baru ini.

Senarai Akhir 23 Pemain Skuad B-15 Kebangsaan ke Chonburi, Thailand Bagi Kejuaraan B-15 AFF 2019

Ketua jurulatih skuad…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Tuesday, July 23, 2019

FAM turut mengesahkan kesemua pemain skuad B-15 negara yang muncul juara di China baru-baru ini akan diterbangkan terus dari negara tersebut untuk kejohanan AFF di Chonburi.

Malaysia berada dalam kumpulan B, akan memulakan kempen menentang Brunei Darussalam pada 28 Julai, Kemboja (30 Julai), Australia (1 Ogos), Laos (3 Ogos) sebelum menamatkan aksi peringkat kumpulan menentang tuan rumah, Thailand pada 5 Ogos.

Untuk rekod, Malaysia pernah muncul juara pada edisi 2013 selepas mengatasi Indonesia 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti, setelah kedua-dua pasukan seri 1-1 pada aksi penuh perlawanan.

Kejohanan di Thailand ini akan bakal berlangsung di Stadium IPE dari 26 Julai-10 Ogos ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN