2023 Tahun Paling Mengaibkan Buat Maruah Bola Sepak Kelantan

Hancur, hanya itu mampu diperkatakan mengenai situasi semasa bola sepak di Kelantan musim ini dalam saingan Liga Malaysia (Liga M), selepas siri kegagalan terus berlanjutan.

Belum pun reda dengan kekalahan besar 0-10 di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk saingan Piala Malaysia lalu, kini skuad kendalian Alfredo Angel Vera terus diaibkan serapat-rapatnya pula kepada Selangor.

Entah apa yang tidak kena, kali ini Kelantan terus mencatat kekalahan besar menerusi keputusan penuh 2-11 pula kepada Gergasi Merah di laman sendiri iaitu Stadium Sultan Muhammad ke-IV (SSMIV).

Pada perlawanan tersebut, harapan untuk penyokong Kelantan kembali tersenyum mula cerah pada awalnya selepas mereka berjaya mendahului Selangor menerusi dua gol hasil ledakan Natanael Siringo Ringo serta Fazrul Amir Zaman.

Namun, mendung kembali melitupi SSMIV, selepas pemain tengah Selangor iaitu Yohandry Orozco mula menutup kembali harapan itu sebelum pesta gol mula berlaku di Kota Bharu.

Ibarat hujan peluru, Selangor tampil tanpa belas kasihan untuk terus meledak setiap gol dan hanya berhenti pada minit ke-87, setelah Ayron Del Valle menamatkan segalanya untuk melengkapkan malam paling malang buat Kelantan di laman sendiri.

1002 penonton di stadium menjadi saksi nyata tragis tersebut setelah maruah Kelantan diinjak serapat-rapatnya oleh skuad kendalian Tan Cheng Hoe semalam untuk mencetuskan lagi sejarah baharu musim 2023.

Jika musim lalu segalanya berkisarkan kepada sinar kebangkitan bola sepak Kelantan di mata para penyokong setia mereka, kini tiada apa lagi boleh dijulang melainkan hanya aib terus dijaja serata-rata.

Bermula dengan isu dalaman dengan membabitkan kejurulatihan, membawa kepada pengurusan, serta dinoktahkan kepada siri keputusan perlawanan paling sukar untuk ditelan penyokong pasukan tersebut.

Tanpa pemain yang berkualiti serta kurang berpengalaman, sebenarnya para peminat sudah boleh menjangkakan sukar buat Kelantan untuk sekurangnya cuba meraih satu mata dalam setiap perlawanan.

Namun, tiada siapa menjangkakan Kelantan akan terus mempamerkan aib mereka dengan siri kekalahan bersama jumlah bolos paling teruk pernah dicipta sejarah pasukan berkenaan.

Hanya tiga perlawanan sahaja diperlukan The Red Warriors (TRW) untuk unggul dengan jumlah bolos sebanyak 29 gol dengan memerlukan tiga pasukan sahaja iaitu Terengganu, JDT, serta Selangor.

Hasilnya kini, penyokong Kelantan hanya mampu memberikan ekspresi protes tentang rasa tidak puas hati mereka kepada keadaan semasa pasukan tersebut sambil terus berdoa supaya ada secebis harapan walau terlalu kecil supaya The Red Warriors mampu tampil dengan gemilang kembali.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN