20,000 Tiket Online Aksi Malaysia Menentang Thailand Telah Terjual

Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Loading official content
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen
Check out behind the scenes action from FC Bayern's 2-0 away win in the second leg of UEFA Champions League Last-16 against Bayer Leverkusen.
0 seconds of 1 minute, 29 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:29
01:29
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Mourinho: 'We all know we were the better team' Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Lihat lebih video FC Bayern München di OneFootball

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan sebanyak 20,000 tiket perlawanan separuh akhir 1 Piala Suzuki AFF di antara Malaysia menentang Thailand telah habis dijual pada hari ini menerusi jualan secara online di laman web www.tickethotline.com.my.

Manakala baki 20,000 keping tiket akan disambung penjualannya pada hari esok ( Selasa, 27 November 2018) mulai pukul 9.00 pagi di laman web tersebut sehingga habis kuota yang ditetapkan.

Menurut kenyataan daripada FAM, disebabkan jualan tiket mendapat sambutan hangat daripada penyokong tempatan, mereka terpaksa membatalkan penjualan tiket di Wisma FAM pada hari khamis dan jumaat ini bagi mengelakkan kesesakan di kawasan perumahan.

“Baki 40,000 keping tiket lagi akan dijual secara fizikal bermula Khamis ini (29 November 2018) di kaunter tiket di Stadium Nasional iaitu sebanyak 30,000 keping tiket dan outlet terpilih Al-Ikhsan Sports sebanyak 10,000 keping tiket sehingga ia habis terjual.

“Tiada kaunter khas akan dibuka di Wisma FAM, Kelana Jaya atas faktor jangkaan kesesakan di kawasan berkenaan yang terletak berdekatan kawasan perumahan,” kata FAM dalam satu kenyataan.

Waktu jualan di kaunter Stadium dan Al-Ikhsan akan dimaklumkan kemudian

FAM turut menjelaskan waktu sebenar penjualan tiket secara fizikal di kaunter tiket di Stadium Nasional dan outlet terpilih Al-Ikhsan Sports akan dimaklumkan kemudian kerana ia bergantung jika tiada kelewatan untuk tiket-tiket berkenaan tiba dari Bangkok, Thailand yang dijangka pada sebelah malam Rabu ini.

Malah, mereka tidak dapat menjual terus kesemua 80,000 keping tiket menerusi sistem online kerana untuk memberi peluang kepada para penyokong yang tidak dapat membuat pembelian secara online supaya mereka boleh membeli tiket secara fizikal di kaunter tiket di Stadium Nasional dan juga di outlet terpilih Al-Ikhsan Sports.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN