Dali Wahid Dilantik Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM Yang Baharu

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan perlantikan Asisten Komisioner Md Dali Wahid sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengadil yang baharu bagi menggantikan Subkhiddin Salleh yang meletak jawatan baru-baru ini.

Perkembangan ini dimaklumkan oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi yang mengesahkan keputusan berkenaan dipersetujui oleh exco FAM pada Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM kali keenam bagi sesi 2017-2021 kelmarin.

“Datuk Hamidin sudah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Subkhiddin sebelum ini, namun beliau kekal dengan keputusannya melepaskan jawatan dalam FAM.

“Jawatankuasa Eksekutif FAM menghormati keputusan Subkhiddin dan kita akan meminta ahli gabungan untuk mencadangkan nama pada Kongres Tahunan FAM selepas ini bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Subkhiddin,” katanya seperti dipetik dalam Sinar Harian.

Mesyuara Jawatankuasa Eksekutif FAM kali keenam. FOTO: FAM

Subkhiddin sebelum ini membuat keputusan mengejut dengan melepaskan kesemua jawatan yang disandang dalam badan induk berkenaan termasuk jawatan exco berkuat kuasa serta merta pada awal bulan ini.

Beliau dilaporkan membuat keputusan berkenaan susulan kecaman hebat daripada netizen terhadap ahli keluarganya berikutan pengadilan yang lemah oleh Suresh Jayaraman ketika aksi final Piala Malaysia 2018 antara Perak dan Terengganu FC (TFC) pada 27 Oktober lepas.

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid sebelum ini, dilaporkan mendesak Subkhiddin meletak jawatan selepas Jayaraman gagal menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Jayaraman membuat beberapa keputusan kontroversi termasuk membatalkan dua gol Perak pada aksi final Piala Malaysia itu yang dikatakan sebagai jaringan sah.

Perak muncul juara Piala Malaysia 2018 setelah mengatasi TFC 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti. Kedua-dua pasukan terikat 3-3 pada aksi penuh perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN