Dilaporkan seramai kira-kira 20 ribu penyokong setia FC Koln atau Cologne bakal menggegar utara London bagi menyatakan sokongan pasukan mereka dalam pertemuan pertama kejuaraan Europa League menentang Arsenal pada Khamis ini.
Skuad yang mendapat jolokan nama sebagai Billy Goats ini bakal membuat penampilan pertama dalam pentas Eropah selepas kali terakhir berbuat demikian pada musim 1992/93 – kira-kira 25 tahun yang lalu.
Meskipun dianggarkan hanya 2,900 penyokongnya yang akan menonton di stadium, tetapi ribuan lagi penyokong setianya turut turun ke London dan akan memenuhi sekitar restoran atau pub di London bagi menzahirkan sokongan ke atas pasukan mereka.
FC Koln yang terkenal dengan kelompok penyokong fanatiknya sekitar Eropah, pernah menggegar Eropah ketika mereka muncul naib juara UEFA Cup pada musim 1985/86.
Mereka juga pernah bertembung dengan Arsenal dalam pertandingan Inter-cities Fair Cup pada musim musim 1970/71 di mana kedua-dua pasukan sekadar seri 2-2.
FC Koln juga pernah mencipta memori ke atas pasukan dari London apabila berjaya membelasah jiran Arsenal iaitu Tottenham Hotspur dengan jaringan 8-0 dalam perlawanan Intertoto Cup pada tahun 1995.
Satu pertembungan hebat bakal disajikan buat kedua-dua pasukan dan sudah pasti ia nya bakal menjadi memori dan tumpuan legenda kedua-dua kelab iaitu Lukas Podolski.
Agak-agakkan, mana satu akan jadi sokongan Podolski ya?
Nota editor: Artikel ini merupakan hasil kiriman pembaca kami yang bernama Nurazree Mahmud. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .
Sumber:
- Bundesliga (2017): Cologne bring 20,000 to London for Arsenal Europa League tie; http://www.bundesliga.com/en/news/Bundesliga/arsenal-expecting-20000-cologne-fans-in-london-europa-league-458800.jsp