Hal ini jelas merupakan perkara yang kita tidak mahu dengar.
2 stadium yang digunakan sepanjang saingan Piala Dunia 2018 di Rusia sudah pun mengalami kerosakan sebaik sahaja kejohanan tamat.
Menurut laporan di England, stadium yang terletak Volgograd telah mengalami kerosakan dalam masa beberapa jam sebelum kejohanan Piala Dunia melabuhkan tirainya.
Hal ini dipercayai kerana stadium tersebut mengalami kerosakan akibat hujan yang turun di kawasan tersebut.
Kerosakan dapat dilihat di tambak stadium juga laluan yang baru dibina sempena Piala Dunia.
Selain itu, sistem pembentungan dan juga paip air turut mengalami kerosakan dan jana kuasa turut terpadam bekalannya di stadium.
Ianya berpunca kerana pencabulan dalam peraturan keselamatan stadium oleh pihak yang membina stadium ini yang memaksa pembinaan stadium ini dipercepatkan.
Stadium tersebut dibangunkan oleh rakan baik Presiden Rusia Vladimir Putin iaitu Gennady Timchenko menerusi syarikatnya JSC Stroytransgaz.
DIfahamkan, bajet untuk membina stadium ini turut dipotong oleh pihak kontraktor.
Satu lagi stadium yang mengalami masalah adalah stadium yang terletak di Nizhny Novgorod.
Di stadium tersebut menyaksikan jalan raya dan juga laluan pejalan kaki mengalami kerosakan teruk hasil hujan lebat yang turun di kawasan tersebut.
Ia membangkitkan persoalan mengenai kualiti binaan yang dihasilkan oleh kontraktor.
“Macam mana binaan-binaan tersebut semuanya boleh rosak hanya selepas sekali meghadapi hujan?”
Pastinya kerosakan yang dialami 2 stadium ini bakal membangkitkan persoalan mengenai tahap kualiti binaan stadium Piala Dunia Rusia.
Diharap tiada masalah lain yang terjadi di stadium-stadium lain.