2 Pemain Yang Hampir Pasti Tinggalkan Manchester United Januari Nanti

Manchester United sedang menanti jendela perpindahan Januari dibuka, dalam usaha mereka untuk memperkuat segala kelemahan skuad pada ketika ini.

Walau bagaimanapun, selain dari mahu mendapatkan beberapa pemain tambahan pada jendela perpindahan nanti, Red Devils juga jelas sekali akan kehilangan beberapa pemain.

Menurut sumber laporan dari media UK, dua pemain dari skuad utama Man Utd sepertinya sudah hampir pasti akan meninggalkan kelab pada jendela perpindahan Januari nanti.

Dua pemain yang dimaksudkan adalah Donny Van de Beek dan Jesse Lingard dengan kedua-dua mereka sepertinya sudah hampir pasti akan meninggalkan Old Trafford.

Laporan sama turut menegaskan yang nama Van de Beek merupakan calon yang pertama akan meninggalkan United, sebaik saja jendela perpindahan dibuka nanti.

Pemain kebangsaan Belanda itu telah ditandatangani oleh United dari Ajax pada musim panas tahun lalu, dengan kelab mengeluarkan dana bernilai £40 juta untuk mendapatkan khidmat pemain midfield itu.

Melihat kepada sukarnya beliau untuk bersaing dalam merebut tempat dan mendapatkan minit permainan, jadi sangat wajar untuk de Beek pergi meninggalkan Old Trafford.

Pemain midfield itu merupakan individu paling murung dari kalangan pemain United pada ketika ini, dengan beliau sejak musim lalu sudah kekurangan minit permainan.

Donny Van de Beek hanya membuat empat penampilan sahaja dalam kesebelasan utama dari semua pertandingan yang Red Devils sertai sepanjang musim lalu.

Musim ini, walau beliau sudah dijanjikan minit permainan yang mencukupi, Van de Beek hanya membuat lima penampilan sahaja dari semua pertandingan setakat ini.

Bekas bintang Manchester United, Luke Chadwick telah mendedahkan tentang pandangan beliau berkait situasi Van de Beek pada ketika ini, dengan beliau sangat yakin bintang Belanda itu akan meninggalkan kelab pada Januari nanti.

“Kamu mahu lihat dia bermain. Jelas sekali kita tidak tahu apa yang sedang berlaku disebalik semua ini. Mungkin ada alasan yang kukuh mengapa dia tidak dapat kesempatan itu.”

“Jika dia masih tidak bermain dalam skuad utama, maka saya rasa dia akan pergi pada Januari nanti. Dan mungkin dia akan kehilangan pendapatan yang agak besar. Dia sangat jarang bermain sejak dari dia ditandatangani oleh kelab.”

Jesse Lingard juga merupakan salah seorang lagi bintang yang dijangka akan mengikuti jejak langkah de Beek untuk meninggalkan Old Trafford pada Januari ini nanti.

Luke Chadwick menjelaskan kepada The Englishman bahawa:

“Terdapat banyak kelab yang sangat sesuai untuk Jesse Lingard. Saya tak pasti kalau West Ham akan maju untuk dapatkan dia selepas kamu lihat di mana kedudukan mereka, dan di mana kedudukan United.”

“Adakah berbaloi untuk turunkan Lingard? Dia tahu luar dalam tentang kelab dan dia sudah memberikan yang terbaik sejak dulu. Dia sudah melakukan yang terbaik juga untuk England.”

“Jika dia tidak mendapat peluang untuk beraksi dari sekarang hingga Januari, saya yakin kelab akan dapatkan dana tambahan dari penjualan dia.”

Manchester United sangat terdesak untuk mendapatkan pemain baru

Walaupun sudah menandatangani beberapa bintang mega pada musim panas lalu seperti, Cristiano Ronaldo, Jadon Sancho dan Raphael Varane, United masih gagal untuk pamerkan aksi seperti yang diharapkan.

The Red Devils bahkan telah mempamerkan aksi persembahan yang sangat teruk sejak kebelakangan ini, dan untuk mengelak hal sama berulang, mereka jelas sekali perlu membawa masuk pemain baru pada Januari nanti.

Antara posisi yang paling bermasalah dan perlu diperbaiki adalah di posisi defensive midfielder, bahagian yang boleh dikatakan masalah terbesar United pada ketika ini.

Bahagian tersebut sangat bermasalah dan boleh dikatakan United beraksi hambar sejak kebelakangan ini kerana mereka tidak mempunyai kekuatan di bahagian tengah yang akan meringankan beban barisan pertahanan.

Walau tidak begitu penting, namun Man Utd juga sebenarnya memerlukan pemain di posisi pertahanan, dek kerana mereka merupakan antara pasukan paling kerap dibolosi.

David De Gea tidak dinafikan sememangnya sedang berada di tahap persembahan terbaiknya pada ketika ini, dan kerana beliau jugalah United masih berada di kelompok enam teratas dalam saingan Premier League.

Hal ini sangat membimbangkan kerana United tetap mudah dibolosi walau penjaga gol mereka sedang berada di tahap persembahan terbaiknya.

Pertahanan United terlalu mudah dibolosi dengan prestasi para pemain juga tidak konsisten.

Bagaimana nasib Ole Gunnar Solskjaer?

Masalah melibatkan pengurus sememangnya sukar untuk dibincangkan kerana Ole Gunnar Solskjaer masih tetap diberikan kesempatan walau skuadnya tidak beraksi di tahap persembahan terbaik mereka.

Beliau sebelum ini telah diberikan kesempatan untuk buktikan sesuatu dari tiga perlawanan bertemu Tottenham Hotspur, Atalanta dan Manchester City.

Selepas mencatatkan satu kemenangan, satu seri dan satu kekalahan, masih tiada apa-apa perkembangan terbaru yang diberitahu oleh pihak kelab.

Selepas Antonio Conte sah menjadi pengurus Tottenham Hotspur, nama Zinedine Zidane dan Brendan Rodgers sering disebut-sebut sebagai calon pengganti Ole Gunnar Solskjaer.

Walau bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada apa-apa perkembangan berkait hal pertukaran pengurus, dan sepertinya Ole Gunnar Solskjaer akan terus mengendalikan kelab dalam aksi bertemu Watford hujung minggu ini nanti.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN