2 Pemain Ulsan Hyundai Bersikap Rasis Secara Terbuka Terhadap Warga ASEAN

Ulsan Hyundai

Seperti yang kita tahu, Korea Selatan adalah salah sebuah negara yang cukup maju di benua Asia.

Mereka bukan sahaja maju dari segi teknologi, sebaliknya turut menjadi tumpuan dari sudut hiburan mereka dengan irama K-Pop serta K-Drama telah menjadi budaya pop di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Nampak seperti indah-indah sahajakan Korea Selatan ni? Tapi sebenarnya tidak, mereka juga sama macam negara-negara lain yang turut mempunyai kelemahan.

Satu perkara yang sering dikaitkan dengan kelemahan Korea Selatan adalah perangai rasis mereka dan sering memandang rendah terhadap warga dari Asia Tenggara atau ASEAN.

Pada mereka, warga Asia Tenggara atau ASEAN ini adalah ibarat “lekeh” dan tidak setaraf dengan mereka.

Dan perkara itu tidak terkecuali dalam kancah bola sepak mereka. Terkini, dua pemain Ulsan Hyundai telah dilihat secara terang-terangan berlaku rasis terhadap warga ASEAN walaupun tidak secara terus.

Park Yong-woo dan Lee Kyu-seong adalah dua nama yang melakukan tindakan tersebut di Instagram selepas mereka sebenarnya mengejek rakan sepasukan yang turut berasal dari Korea Selatan!

Menurut ASEAN Football, kedua-dua pemain itu meninggalkan komen kepada Lee Myeong-jae dengan gelaran “kouta ASEAN” dan juga menyamakan pemain tersebut dengan bintang Thailand – Sasalak Haiprakhon.

Semua adalah kerana Myeong-jae ini adalah pemain yang mempunyai kulit sawo matang dan tidak cerah seperti orang-orang Korea Selatan selalunya.

Perkara ini nyata jelas satu perbuatan yang keji kerana tidak kira warna kulit apa pun kita, hakikatnya sama sahaja.

Ia tidak meningkatkan darjat seseorang apabila kulitnya lebih putih berbanding yang lain.

Oleh itu, jangan bersikap rasis ya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN