2 Kelab Dari Belgium Tawar Kontrak Kepada Bintang Muda Indonesia?

Bola sepak Indonesia nampaknya terus berkembang pesat ketika ini dalam melahirkan ramai bakat-bakat muda berkualiti untuk pasaran tempatan atau di pentas antarabangsa.

Terkini, giliran bintang muda mereka iaitu Marselino Ferdinan pula telah dikaitkan akan berhijrah ke luar negara bagi mengembangkan lagi karier beliau dalam dunia bola sepak.

Menurut Bola.com, Marselino ketika ini telah dikaitkan bersama dua kelab yang berpangkalan di Belgium serta bakal berangkat ke sana tidak lama lagi.

Jelas kenyataan tersebut, Marselino yang ketika ini masih mewakili Persebaya Surabaya akan meninggalkan kelab tersebut selepas aksi terakhir dalam saingan Liga 1 Indonesia menentang Bhayangkara FC.

Walaupun begitu, ejen pemain tersebut iaitu Dusan Bogdanovic seolah menafikan perkhabaran tersebut dengan kembali bertanyakan pengamal media daripada mana info itu tersebar.

Terang Dusan, beliau tidak dapat mengulas dengan lebih lanjut mengenai perkara itu kerana atas dasar menghormati kontrak Marselino bersama Persebaya.

“Apapun, anda perlu bertanyakan pihak kelab sendiri kerana saya tidak mempunyai hak untuk berbincang mengenai perkara itu kerana Maraelino masih mempunyai baki kontrak.

“Tambahan pula, Marselino masih lagi mempunyai kontrak yang panjang bersama Persebaya iaitu sehingga bulan Julai 2024,” jelas Dusan.

Pada usia yang masih muda, Marselino telah pun menjadi tunjang utama kekuatan skuad kebangsaan bawah kendalian Shin Tae-yong pada saingan Piala AFF lalu.

Tonggak tengah ini boleh dianggap mempunyai kualiti yang sangat baik dan matang beraksi walaupun dikelilingi pemain senior.

Bersama Persebaya, kualiti Marselino tidak lagi perlu dipertikaikan selepas dirinya sudah pun mencatat tujuh gol bersama sembilan bantuan jaringan daripada 29 penampilan dengan usia yang masih muda.

Untuk skuad kebangsaan pula, Marselino telah pun merekodkan 12 penampilan dengan dua catatan gol serta satu bantuan jaringan disumbangkan beliau.

Selain Marselino, beberapa lagi pemain Indonesia kini sudah pun beraksi di luar negara dan masih aktif mewakili kelab masing-masing dalam saingan liga.

Elkan Baggott, Pratama Arhan, Asnawi Mangkualam, serta Witan Sulaeman antara contoh pemain muda yang berjaya mengembangkan karier mereka di luar negara.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN