17 Orang Terbunuh Dalam Perlawanan Pembukaan Liga Angola

17 orang terbunuh ketika Liga Angola baru sahaja memulakan musim mereka di Girabola.

Insiden tersebut berlaku kerana penyokong-penyokong telah bersesak-sesak untuk masuk ke stadium.

Malangnya ada yang tersepit dan dipijak oleh penyokong lain. Insiden berlaku ketika perlawanan Santa Rita de Cassia menentang Recreativo do Libolo.

Penyokong tuan rumah, Rita de Cassia sangat teruja untuk menyaksikan pasukan mereka beraksi pertama kali di liga utama.

Pengarah Hospital, Ernesto Luis berkata kepada wartawan:

“Keadaan tersebut membuatkan ramai orang sesak nafas dan lemas. Ada yang berjalan di atas badan orang lain dengan memijak mereka.”

“Ini yang menyebabkan 60 tercedera, 5 daripadanya cedera parah dan 17 lagi meninggal dunia.”

Kesesakan melampau tersebut berlaku ketika pemain Recreativo do Libolo, iaitu Inacio Cassuque menjaringan gol pertama.

Ramain penyokong mulai agresif untuk masuk ke dalam stadium mendengar suasana hingar bingar selepas gol tersebut.

Perlawanan ketika itu baru berlangsung 7 minit. Perlawanan ini turut menyaksikan debut di antara 2 jurulatih dari Portugal iaitu Sergio Traguil dan Vaz Pinto.

Pengurus Santa Rita de Cassia, Sergio Traguil sangat kecewa setelah mengetahui insiden tersebut.

”Saya hanya tahu apa yang terjadi ketika saya meninggalkan stadium. Tidak ada seorang pun di antara kami yang tahu akan tragedi ini.” katanya.

Kami di semuanyaBOLA berkongsi rasa sedih dan simpati kepada apa yang menimpa bola sepak Angola.

Pada masa yang sama, kami berharap insiden ini dijadikan pengajaran agar semua pihak lebih berhati-hati ketika masuk ke dalam stadium.

Ambil kira faktor keselamatan terutama sekali penyokong bola sepak dari pelbagai lapisan, daripada kanak-kanak sehinggalah warga emas.

Baca juga: Laporan Jualan Jersi 2016, Manchester United dan Lionel Messi Unggul!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN