Post Mortem: 5 Aspek Yang Perlu Diperbaiki Belgium

Belgium menamatkan kempen kumpulan E dengan kemenangan ke atas Sweden. Namun pasukan di ranking ke-2 dunia ini dilihat ada berberapa isu yang harus diperbaiki.

[adrotate group=”2″]

1. Taktikal

Mark Wilmots ada satu pasukan yang dipenuhi bintang namun setakat ini mereka sangat struggle untuk meyakinkan pemerhati bolasepak tentang kekuatan sebenar pasukan ini.

Mark Wilmots perlu memikirkan cara terbaik untuk menguruskan taktikal pasukan. Dalam perlawanan menentang Sweden dan perlawanan pertama mereka menentang Itali, Wilmot tidak melakukan sebarang pertukaran taktikal.

Kebanyakan pertukaran Wilmots adalah pertukaran teknikal yang bersifat direct subtitution. Belgium tidak ada taktikal yang benar benar signifikan dengan mereka.

Selepas tewas di tangan Itali, ada media melaporkan berberapa pemain agak tidak berpuas hati dengan taktikal Wilmot.

 

2. Sistem Serangan Belgium

Wilmot gemar menggunakan Romelu Lukaku Sebagai No.9. Beliau mungkin pilihan terbaik dalam kem Belgium kali ini dengan rekod 2 gol setakat ini. Namun Lukaku perlu lebih tajam di hadapan gol.

Masih ada masalah dari segi decision making dan juga kegagalan menjaringkan gol dalam situasi 1v1 dan juga masalah first touch.

Namun terdapat isu dari segi pengendalian taktikal di bahagian serangan. Wilmots gemar menggunakan attacking 3. Namun beliau kerap gagal mengendalikannya lebih cekap.

Dalam perlawanan menentang Sweden, Trio Hazard-Lukaku-Carrasco sangat lemah interaksi di antara mereka. 3 pemain ini ada kualiti yang sudah dibuktikan di peringkat kelab.

Justeru amat naif untuk menyatakan mereka bukan pemain berkualiti. Ia lebih berkait kepada cara sistem itu dikendalikan termasuk ketika persediaan perlawanan.

 

3. Pengurusan Pasukan Dalam Perlawanan (In Game Management)

Eden Hazard dan Kevin De Bruyne antara nama yang dianggap marquee player dalam kancah bolasepak dunia. Namun setakat ini, Wilmots masih gagal mendapatkan output terbaik daripada 2 pemain ini.

Dalam berberapa perlawanan Belgium, Dries Merten dilihat lebih memberikan spektrum kepada serangan pasukan.

Dalam perlawanan menentang Belgium, Mertens telah memperbaiki kualiti dari segi urgencies dan teamplay yang mencetuskan peluang gol kemenangan Belgium.

Namun berdasarkan pemerhatian, Belgium lebih efektif dengan midfielder atau flanker yang memberikan servis kepada target man seperti De Bruyne dan Mertens.

Jadi, Wilmots perlu menentukan peranan pemain seperti Eden Hazard, sama ada mahukan Hazard bermain sebagai inside forward, free role no.10 ataupun sebagai side midfielder ?

Ini kerana pemain seperti Hazard kini bermain untuk pasukan beliau bukannya Chelsea. Amatlah perlu untuk Wilmot tahu cara menggunakan dan menyesuaikan Hazard dengan 9 lagi pemain outfield lain.

Ia adalah keputusan penting untuk Wilmots dalam memastikan pasukan ini di dalam kawalan beliau secara teknikalnya.

4. Isu Kualiti Hantaran

Pasukan ini pasti mengejutkan kita semua apabila selepas 3 perlawanan mereka adalah pasukan yang ke-16 daripada 24 pasukan dari segi jumlah hantaran.

Mereka sebelum ini diwar-warkan sebagai pasukan yang possession football namun statistik tersebut adalah cukup kontras.

Mereka memang pasukan yang memiliki penguasaan bola yang banyak dengan purata 55% untuk setiap perlawanan. Ia perkadaran yang pelik untuk mana mana pasukan yang menggemari possession football.

Masalah kekurangan jumlah hantaran ini wujud mungkin kerana tempo hantaran mereka. Ini kerana pemain Belgium agak ‘overplay‘ dan terlalu suka menyimpan bola lama.

Justeru isu hantaran ini harus diperbaiki oleh Belgium.

5. Leadership

Ini adalah aspek yang jelas berlaku dalam kem Belgium. Tidak ada pemain yang benar benar ada karakter sebagai seorang pemimpin di dalam padang.

Pemimpin tak semestinya seorang kapten. Namun seorang kapten haruslah menjadi pemimpin. Pasukan Belgium kali ini adalah seperti pasukan yang rosak fungsi volume suara.

Adakah Belgium merindui pemain seperti Vincent Kompany ? Atau, kenapa Vermaelen kali ini tidak seperti beliau 2 tahun yang lalu ketika beliau menjadi antara pemimpin di dalam pasukan ini.

Kesimpulannya, isu isu di atas haruslah diperbaiki Wilmots sebelum bermulanya pusingan kalah mati. Ini adalah peluang kedua Wilmots untuk mendapatkan sesuatu daripada generasi emas Belgium ini selepas Piala Dunia Brazil yang lalu.

Sekiranya gagal, Adakah Wilmots akan mendapat peluang ketiga mengendalikan generasi emas ini di Piala Dunia Russia kelak ?

 

[adrotate banner=”9″]

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN