15 Tips Yang Perlu Setiap Pengurus Fantasy Premier League (FPL) Tahu

Adakah mata pasukan Fantasy Premier League (FPL) anda pada minggu #1 rendah?

Jangan risau. Persaingan FPL adalah maraton, bukannya larian pecut. Anda masih mempunyai masa, 3 boosters, 1 wildcard dan 1 free transfer untuk memperbetulkan keadaan. Beberapa tips daripada kami juga mampu membantu pasukan anda.

1. Perhatikan jadual liga

Kadang kala, sesebuah pasukan terpaksa bermain 2 perlawanan dalam seminggu. Selalunya ia berlaku pada tempoh sebelum Krismas dan Boxing Day (24 dan 26 Desember). Ia juga boleh berlaku jika pasukan tersebut terlibat dalam ulangan Piala FA, Piala Liga dan Liga Europa.

Jika sesebuah pasukan terpaksa bermain 2 perlawanan dalam seminggu, pilih pemain dari pasukan itu.

2. Pilih bek kiri atau kanan sebagai pertahanan

Bek kiri dan kanan lebih berkemungkinan besar untuk menyumbang mata melalui assist atau bonus point seperti yang dibuktikan oleh Danny Rose, Nathaniel Clyne, Branislav Ivanovic dan Ryan Bertrand pada musim lepas.

Seamus Coleman dan Leighton Baines adalah dua lagi calon bagus tetapi prestasi Everton pada musim lepas sangat teruk dan kerap bolos – menyebabkan mereka bukan calon popular pada musim lepas. Jadi pastikan anda perhatikan prestasi semasa pasukan bek kiri atau kanan anda.

3. Pilih pertahanan tengah daripada pasukan kuat

Pertahanan tengah hanya menyumbang mata tinggi sekiranya mereka mengekalkan clean sheet, beraksi baik sehingga dikurniakan bonus point, menyumbang atau menjaringkan gol ketika situasi set-pieces.

Semua kriteria ini hanya dipenuhi oleh pertahanan kelab besar secara konsisten. Jika anda mahu membeli pertahanan tengah, John Terry, Jose Fonte, dan Gary Cahill adalah calon utama anda. Anda juga boleh gunakan pertahanan tengah lain, tetapi hanya apabila mereka menentang pasukan lemah.

4. Peka dengan berita kecederaan pemain

Pastikan anda perhatikan maklumat setiap pemain anda supaya tiada yang berwarna merah menjelang hari perlawanan. Jika maklumat pemain itu berwarna kuning, perhatikan laman web rasmi pasukan atau PhysioRoom untuk mengetahui sama ada mereka boleh diturunkan atau tidak.

5. Pilih pemain kesebelasan utama

Jika anda mahukan mencari pemain gantian yang murah untuk pasukan anda, carilah pemain kesebelasan utama untuk pasukan-pasukan kecil seperti Watford, Bournemouth dan Norwich.

Sekurang-kurangnya apabila Sergio Aguero anda cedera dan terpaksa digantikan, anda masih mempunyai Troy Deeney yang merupakan penyerang utama Watford dan baru berharga £5.5 juta daripada memilih Mario Balotelli dan Falcao yang mahal dan belum pasti diturunkan.

6. Lengah-lengahkan transfer

Lebih dekat dengan masa tutup urusan perpindahan mingguan (pukul 6.45 hari Sabtu waktu Malaysia), lebih baik. Ini kerana dikhuatiri pemain yang baru anda beli awal-awal akan cedera pada hari sebelum perlawanan.

7. Berhati-hati dengan pemain baru

Ketepikan dahulu stigma anda terhadap pemain baru dalam sesebuah pasukan – terutamanya pemain dari liga luar. Mereka mungkin nampak hebat dalam permainan FIFA, di kelab lama atau perlawanan pra-musim, tetapi mereka memerlukan masa untuk mengadaptasi.

Tetapi ada sesetengah kes di mana pemain baru mempunyai debut yang cemerlang. Andre Ayew, Matteo Darmian dan Jordan Amavi menunjukkan ada kalanya berbaloi jika anda mengambil risiko dan mempercayai intuisi anda.

8. Pilih penjaga gol yang mempunyai pertahanan kukuh

Pengurus FPL yang berpengalaman akan memberitahu anda kisah Robert Green yang menghadiahkan banyak mata walaupun Norwich kerap bolos dan disingkirkan dari liga pada musim 2004/2005 dahulu. Penjaga gol kelab kecil lebih banyak membuat saves.

Tetapi memandangkan harga penjaga gol kelab besar pun tidaklah semahal mana dan mereka mempunyai pertahanan yang kukuh pula, kami sarankan anda melabur £5.5 juta untuk mendapatkan Joe Hart, Thibaut Cortois dan David de Gea.

9. JANGAN pilih defensive midfielders

Untuk jentera tengah pasukan, anda perlukan pemain tengah kreatif atau pemain sayap yang mampu menyumbang dan menjaringkan gol.

Defensive midfielders anda tidak mendapat sebarang mata untuk clean sheet walaupun beliau bertanggungjawab melindungi jentera pertahanan pasukannya. Malah mereka juga berisiko tinggi untuk mendapat kad kuning dan merah, yang menyebabkan mata pasukan anda dipotong.

10. Pilih penyerang prolifik

Majoriti bajet anda harus dilaburkan di bahagian serangan kerana penyerang yang prolifik mampu menjamin anda banyak mata pada setiap perlawanan.

Sergio Aguero mungkin nampak terlalu mahal untuk anda. Tetapi jika anda fikirkan rekod beliau sebagai penjaring paling prolifik mengikut minit bermain dalam sejarah Premier League, beliau adalah pemain wajib untuk dibeli.

11. Pilih kapten pasukan

Pengurus pasukan memilih kapten kerana satu sebab: pemain tersebut boleh menunjukkan persembahan baik secara konsisten di atas padang. Oleh itu, kapten pasukan anda harus diberi kepada pemain yang mampu menghasilkan assist dan gol secara konsisten.

Disebabkan mata kapten akan sentiasa digandakan, anda disarankan untuk memberi pemain tengah atau penyerang menjadi kapten pasukan anda.

12. Guna wild card apabila…

…pasukan anda gagal menghadiahkan minimum 40 mata secara konsisten setiap minggu.

13. Booster hanya boleh digunakan sekali sahaja semusim

Booster ‘All Out Attack’ akan memberikan anda kelebihan untuk menggunakan formasi 2–5–3. Jadi anda tidak perlu risau tentang sumbangan mata pertahanan pasukan anda. Gunakan apabila prestasi pemain tengah dan penyerang anda mula konsisten.

Booster ‘Triple Captain’ pula akan membuatkan kepten pasukan anda mendapat tiga kali ganda mata yang kebiasaannya hanya dua kali ganda.

Booster ‘Bench Boost’ pula akan memberikan anda kelebihan mata tambahan dengan kesemua pemain di bangku simpanan juga akan menyumbangkan mata. Pastikan pemain gantian anda juga merupakan pemain kesebelasan utama pasukannya.

13. Beli pemain bintang dari pasukan besar pada awal-awal musim

Pemain-pemain seperti Wayne Rooney, Sergio Aguero, Eden Hazard, Diego Costa, Alexis Sanchez dan David Silva merupakan pemain yang terbukti hebat pada musim lepas yang perlu anda ada dalam pasukan.

Ini kerana jika anda lewat membeli, anda terpaksa membeli mereka pada harga yang lebih mahal. Jika mereka tidak mempamerkan persembahan seperti musim lepas, anda masih boleh menjual mereka.

14. Ketepikan rivalry pasukan kegemaran anda

Realiti itu pahit. Sebagai penyokong Arsenal, anda perlu terima hakikat Harry Kane adalah penyerang yang lebih bagus daripada Olivier Giroud. Sebagai peminat Manchester United, anda perlu terima hakikat Yaya Toure lebih banyak membawa mata daripada Michael Carrick.

Dalam FPL, anda perlu ketepikan permusuhan tradisi kelab kegemaran anda dan pilih pemain yang membawa mata kepada anda – walaupun ianya pemain musuh pasukan anda.

15. Lengkapkan smartphone anda dengan apps bola

Baca artikel 7 APLIKASI TELEFON YANG WAJIB ADA BAGI PEMINAT BOLA SEPAK untuk mengetahui apps yang membantu anda membuat keputusan pada setiap minggu dengan membekalkan berita pasukan, kecederaan dan perpindahan pemain disamping maklumat kemaskini perlawanan.

Baca juga: 14 KUMPULAN MUZIK YANG PERNAH MENAJA PASUKAN BOLA SEPAK

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN