Ketika trend syarikat swasta menaja pasukan bola sepak adalah perkara biasa, pemuzik juga pernah menggunakan bola sepak untuk mempromosikan jenama mereka.
Berikut adalah 15 band muzik yang pernah menaja pasukan bola sepak.
1. Heaven Shall Burn (FC Carl Zeiss Jena)
Pada 2014, sebuah band heavy metal dari Jerman, Heaven Shall Burn menaja jersi pasukan liga divisyen ke-4 Jerman, FC Carl Zeiss Jena.
Hasil tajaan band ini menghasilkan sehelai jersi yang sangat cool.
Anda sedar nama pasukan ini yang mempunyai nama ‘Carl Zeiss’?
Ini kerana pasukan ini diasaskan oleh pekerja kilang lensa, Carl Zeiss AG, pada 1903 di Jena, sebuah bandar universiti di timur Jerman.
2. Super Furry Animals (Cardiff City)
Ketika Cardiff City sedang bersaing dalam Piala FAW (FA untuk Wales) pada 1999, Super Furry Animals telah menaja pasukan tempatan mereka.
Super Furry Animals adalah sebuah band muzik psychedelic rock yang berasal dari Cardiff.
Salah satu legasi peninggalan Super Furry Animals dalam Cardiff City adalah penghasilan jersi yang sangat rare di Ebay.
3. Wet Wet Wet (Clydebank FC)
Terima kasih kepada beberapa lagu hits yang meletup pada awal 90-an, band rock balada Scotland, Wet Wet Wet, telah menaja pasukan tempatan mereka, Clydebank FC.
Bagaimanapun, hasil penajaan mereka membawa kepada penghasilan jersi buruk ini.
4. Goldie Lookin’ Chain (Newport County)
5 tahun selepas Super Furry Animals muncul band muzik pertama yang menaja pasukan bola sepak di Wales, kumpulan hip hop, Goldie Lookin’ Chain (GLC) turut mengikut langkah sama.
GLC menaja pasukan tempatan mereka, Newport County.
Hasilnya adalah jersi bola sepak pertama yang mempunyai motif rantai emas rapper. Buruknya hanya Tuhan yang tahu.
5. Die Toten Hosen (Fortuna Dusseldorf)
Sebagai penyokong setia Fortuna Dusseldorf, ahli-ahli band muzik punk, Die Toten Hosen telah menaja jersi pasukan tempatan mereka daripada tahun 2001 hingga 2003.
Sehingga kini, lagu ‘Storm’ nyanyian Die Toten Hosen akan berkumandang di stadium apabila pasukan tuan rumah menjaringkan gol.
6. Fat Boy Slim (Brighton & Hove Albion)
Sebagai salah satu penyokong selebriti kelab Brighton & Hove Albion, Norman Cook atau Fat Boy Slim pernah beberapa kali menaja Brighton.
Skint adalah syarikat label kepunyaaan Fat Boy Slim.
7. The Prodigy (Eastleigh Reds Bawah-13)
Semuanya bermula selepas seorang bapa pemain Eastleigh Reds Bawah-13 mendapat tahu anaknya selalu mendengar lagu rave dari band The Prodigy sebagai persiapan sebelum perlawanan.
Kemudian beliau mencuba-cuba menulis surat tawaran penajaan kepada The Prodigy untuk menaja pasukan anaknya.
Bak kata pepatah – kalau tak dipecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya – usaha bapa tersebut berjaya apabila The Prodigy bersetuju menaja jersi pasukan bawah-13 Eastleigh Reds selama semusim.
8. Ian Brown, bekas vokalis The Stone Roses (Chiswick Homefields FC)
Sebelum musim 2005/06, bekas vokalis The Stone Roses, Ian Brown, mengumumkan beliau akan menaja pasukan tempatannya yang akan bertanding dalam London Commercial Division.
Di jersi pasukan itu tertulis nama album terbarunya – ‘IB – The Greatest’.
9. The Blockheads (Glynneath AFC Bawah-8)
Kumpulan muzik funk rock, The Blockheads, membuat keputusan untuk menaja pasukan ini selepas membaca tweet pengurus Glynneath AFC Bawah-8 yang merujuk pemain-pemain kendaliannya sebagai ‘his little Blockheads’.
10. Motörhead (Pasukan ‘B’ Greenbank Bawah-10)
Apabila pengurus pasukan bawah-10 Greenback kekeringan idea untuk mencari duit untuk membeli jersi pasukannya, beliau menghubungi kawan lamanya, Lemmy.
Apa yang menariknya, kawannya – Lemmy – merupakan frontman band terkenal, Motorhead.
Pengurus pasukan bawah-10 Greenback itu menuntut hutang budi (favor) untuk menaja jersi pasukan yang dilatihnya.
Lemmy bersetuju walaupun pada mulanya dia risau dengan reaksi ibu-bapa pemain memandangkan muziknya tak sesuai untuk kanak-kanak.
11. Bad Manners (Margate FC)
Pada 1996, Margate FC menandatangani perjanjian penajaan dengan sebuah syarikat label muzik ska.
Ini mendorong kumpulan muzik ska yang popular pada era 80-an di England, Bad Manners, yang bernaung di bawah syarikat label tersebut untuk meletakkan nama kumpulan mereka di jersi Margate FC.
12. The View (Dryburgh Athletic Bawah-11)
Turut mengikut langkah Motorhead dan The Prodigy untuk menaja jersi pasukan kanak-kanak adalah kumpulan muzik indie rock dari Scotland, The View.
The View menaja pasukan bawah-11 Dryburgh Athletic, di mana adik salah seorang ahli The View bermain di situ.
13. Def Leppard (Kelab Ragbi Rhiwbina Bawah-10)
Kami tahu senarai ini hanya untuk pasukan bola sepak sahaja. Tetapi kami tetap memasukkan Def Leppard kerana vokalisnya, Joe Elliott, menyangka beliau menaja pasukan bola sepak.
Sedangkan sebenarnya beliau menaja pasukan ragbi di Wales.
Pasukan kecil berjaya mendapat penajaan kerana salah seorang jurulatihnya adalah pereka kulit album Def Leppard!
14. Kaizers Orchestra – Bryne FK
Vokalis Kaizers Orchestra, Janove Ottesen, yang pernah menjadi pemain remaja Bryne FK sejak berumur 9 tahun sehingga dapat mewakili pasukan bawah-15 Norway.
Ini memudahkan keputusan Kaizers Orchestra untuk menaja Bryne FK.
Untuk pengetahuan anda, Kaizers Orchestra adalah kumpulan muzik pertama dari Norway yang popular di luar Norway.
Walaupun mereka hanya menyanyi dalam bahasa Norwegian (selain kumpulan-kumpulan muzik black metal Norway).
Baca juga: CERITA DISEBALIK NOMBOR JERSI YANG PELIK